web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilik Haiwan Peliharaan Di Sarawak Digesa Dapatkan Vaksin Rabies

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 1:49PM

KKM sebelum ini pernah mengeluarkan panduan menangani penyakit anjing gila atau rabies. - gambar KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa pemilik haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing di Sarawak mendapatkan vaksinasi untuk haiwan peliharaan mereka dalam usaha mengekang penularan penyakit rabies di negeri itu.

Timbalan Menterinya Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata hal itu kerana situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.

Beliau berkata langkah-langkah pencegahan telah dijalankan kerajaan negeri Sarawak termasuk menerusi Jabatan Veterinar yang menjalankan program suntikan vaksinasi terhadap haiwan peliharaan.

"Difahamkan Jabatan Veterinar dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) ada membuka kaunter di mana pemilik haiwan peliharaan boleh datang dan mendaftarkan haiwan mereka untuk mendapatkan suntikan..

"..manakala bagi haiwan liar pula, suntikan vaksinasi akan dibuat apabila pihak berkenaan menerima aduan. Ini penting kerana anjing khususnya bergerak dalam kumpulan dan sering masuk ke kawasan kediaman,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Kebangsaan KKM Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Stadium Mount Austin, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr Mohtar Pungut.

Dalam pada itu, beliau berkata pemerhatian terhadap wabak rabies tertumpu kepada Sarawak kerana kes di negeri itu agak serius dengan sebanyak 15 kes maut dilaporkan tahun ini.

"Situasi (wabak) rabies di Semenanjung Malaysia terkawal. Sejak 2020 hingga 2023 hanya terdapat tiga kes direkodkan di Selangor berbanding Sarawak sebanyak 75 kes bagi tempoh itu," katanya ketika ditanya sama ada terdapat kes rabies di Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Ooi Choo Huck memaklumkan sebanyak 17 kes rabies dicatatkan di negeri itu bagi tempoh Jan hingga 17 Sept, melibatkan lima kes di Bahagian Sibu, Serian (empat), Kuching (tiga), Bintulu (tiga) dan Samarahan (dua). - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad