web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Dalam Negeri Boleh Daftarkan Perkahwinan Sivil Pasangan Bukan Islam - JPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 12:24PM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mendaftarkan perkahwinan sivil sepasang pengantin bukan Islam di Majlis Sambutan Jubli Intan JPN pagi semalam. - gambar JPN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Orang awam seharusnya berhenti menyebarkan maklumat tidak benar berhubung video tular yang memaparkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendaftarkan perkahwinan pasangan bukan Islam, semalam.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan media semalam, berkata ia berikutan ia diperbolehkan melalui peruntukan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164.

Kenyataan itu menyebut, peruntukan undang-undang itu menggariskan Menteri Dalam Negeri selaku menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.

Selain itu, kenyataan itu menyebut, JPN sendiri mempunyai fungsi dan bertanggungjawab melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam.

“Selain Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Pengarah Pendaftaran Negeri serta pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan turut diberikan kuasa tersebut," katanya.

JPN juga berkata, proses pendaftaran perkahwinan sivil itu juga tidak melibatkan, tidak menyerupai, tidak melambangkan dan tidak dipengaruhi dengan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.

Katanya, lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata selain ia juga adalah persetujuan dan kesanggupan pasangan menerima perkahwinan itu dengan rela hati tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

"Malah sesi pendaftaran Perkahwinan Sivil dengan Yang Berhormat Menteri ini diadakan sebagai acara istimewa untuk pasangan terpilih ketika sambutan Hari Pendaftaran Negara setiap tahun," katanya.

Semalam tular di media sosial klip video memaparkan Saifuddin mendaftarkan perkahwinan sivil sepasang pengantin bukan Islam sehingga menimbulkan kekecohan.

Ia dikatakan berlangsung di Pejabat JPN Putrajaya sempena Majlis Sambutan Jubli Intan JPN pagi semalam. – Getaran, 26 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad