web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertikai PM: Fahmi Bidas Hadi Tidak Guna Peluang Sebagai Ahli Parlimen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 12:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil membidas tindakan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya ‘tidak cukup kuat’ dalam memperjuangkan isu Palestin.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang boleh sahaja menyoal Perdana Menteri di Parlimen jika terdapat sebarang isu, namun beliau bukan sahaja tidak berbuat demikian malah tidak hadir ke Dewan Rakyat.

"Dari 9 hingga 19 Okt, Abdul Hadi hadir satu hari iaitu pada 16 Okt, hari sama Perdana Menteri buat kenyataan mengenai isu Palestin. Jadi, peluang untuk lawan ada.

"Tapi ada Abdul Hadi kritik atau lawan kenyataan Perdana Menteri? langsung tak!," kata Fahmi menerusi catatan di akaun X beliau.

Fahmi mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, Selangor semalam ketika ditanya mengenai pendirian Anwar terhadap penindasan rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Menerusi catatan itu, Fahmi turut berkongsi Hansard Parlimen bertarikh 16 Okt ketika Anwar membuat kenyataan mengenai isu Palestin pada 11.37 pagi.

"Ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berucap selepas itu, malah siap ucap tahniah kepada Perdana Menteri atas pendirian Kerajaan dalam isu Palestin.

"Tiba-tiba Abdul Hadi mencelah. Tapi daripada 136 patah perkataan yang dia ucap, tak sepatah pun dia balas, sanggah, tegur atau kritik kenyataan Perdana Menteri yang kononnya “tak cukup kuat”.

"Jadi, kenapa dia tak terus sebut bila ada peluang dalam dewan? Ini ke adab seorang ‘alim’, ‘pendakwah’? Jelas Abdul Hadi ni seorang yang penuh hasad dengki," katanya.

Pada 16 Okt lalu, Perdana Menteri berkata sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati oleh negara-negara jiran terlebih dahulu.

Pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, Anwar berkata jika perkara itu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan pesawat negara tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Malaysia akan melancarkan tabung kemanusiaan bagi menampung serta membantu warga Palestin dengan dana RM10 juta. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad