web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertembungan 3 Penjuru Di PRK Jepak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 11:24AM

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee (tengah) bergambar bersama calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang (kanan) dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chieng Lea Phing ketika proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Jepak di Pusat Penamaan Calon, Dewan Suarah Bintulu hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).

Calon GPS Iskandar Turkee, 54, akan dicabar calon PBK Stevenson Joseph Sumbang, 42, dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak Chieng Lea Phing, 64, dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN itu, Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey berkata pencalonan Iskandar yang merupakan bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sarawak diterima pada 9.03 pagi.

Pencalonan wakil PBK, Stevenson Joseph Sumbang, 42, diterima pada 9.09 pagi, sementara pencalonan calon Aspirasi, Chieng Lea Phing, 64, diterima pada 9.12 pagi.

Berdasarkan daftar pemilih terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DUN Jepak mempunyai 22,804 pengundi dengan 43 orang daripadanya terdiri dari pengundi awal.

Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dalam enam pilihan raya bermula 1996 dan yang terakhir pada 2021. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad