web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kibar Bendera Israel Di Premis, Peniaga Diambil Keterangan Oleh Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 9:24AM

Dua keping gambar bendera Israel yang dikibarkan di sebuah premis di Kuala Terengganu, pada Khamis lalu. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang peniaga mengibarkan bendera Israel di sebuah premis di sini, mengundang padah apabila dia menerima kutukan teruk terhadap perbuatannya.

Pada masa sama, lelaki berkenaan turut ‘dikunjungi’ pihak polis yang bertindak selepas dua keping gambar memaparkan bendera berkenaan yang dikibarkan, tular di media sosial sejak Khamis.

Akhbar Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, sebagai berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada lelaki berusia 30-an itu, yang didakwa mengibarkan bendera berkenaan.

Beliau berkata, pada awalnya keluarga suspek mendakwa lelaki itu mengalami masalah mental, namun siasatan lanjut pihak polis mendapati dia mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah narkotik.

Katanya, ketika ini polis masih menjalankan siasatan terperinci membabitkan kes itu.

Terdahulu, perbuatan lelaki itu mengundang kemarahan di media sosial apabila perbuatannya menjadi tular dan diulang kongsi ramai.

Bagaimanapun, suspek kemudian dikatakan sudah menurunkan bendera berkenaan dan meminta maaf atas perbuatannya. – Getaran, 21 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran