web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Himpunan Solidariti Palestin Gesa AS Tarik Sokongan Terhadap Israel

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 8:35PM

Orang ramai menyatakan kemarahan pada himpunan memprotes serangan kejam Israel ke atas sebuah hospital di Gaza di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu memorandum menggesa supaya Amerika Syarikat menarik balik sokongan terhadap pencerobohan Israel di Palestin diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Memorandum bantahan sebagai kecaman terhadap kekejaman Israel yang terus menindas rakyat Palestin itu diserahkan wakil himpunan aman yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat dan disertai beberapa badan bukan kerajaan serta ahli politik dari pelbagai latar belakang, yang bersama-sama berarak ke Kedutaan AS dari Masjid Tabung Haji, selepas solat Jumaat.

Antara yang terkandung dalam memorandum itu adalah gesaan agar AS menghentikan sokongan kewangan serta bekalan senjata api kepada rejim itu.

Memorandum itu antara lain turut menggesa pihak bertanggungjawab dalam pencerobohan Palestin dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas jenayah perang yang dilakukan seperti pembunuhan orang awam serta menggesa AS dan komuniti antarabangsa untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan bermaruah. 

Turut hadir pada perhimpunan itu adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; aktivis sosial, Chua Tian Chang dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad