web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Sharifah Hapsah Dilantik Canselor Universiti KPJ Healthcare

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 9:27PM

gambar FB NCWO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli akademik terkemuka, Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dilantik sebagai Canselor Universiti KPJ Healthcare (KPJU) yang baharu.

Pengumuman dibuat Pengerusi KPJU yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim pada majlis konvokesyen ke-25 KPJU di sini, hari ini.

Dr Sharifah Hapsah dalam ucapan berkata, KPJU akan menawarkan program akademik dan kursus mata pelajaran berkaitan kecerdasan buatan (AI) bermula tahun depan bagi memastikan graduan universiti itu bersedia memenuhi keperluan kemahiran dalam bidang teknologi berkenaan.

Beliau berkata, bidang kesihatan pada hari ini tidak terhad kepada merawat pesakit atau penjagaan klinikal sahaja, namun melibatkan bidang yang luas seperti informatik kesihatan, teknologi digital, pengurusan kesihatan dan fasiliti kesihatan.

Dalam pada itu, KPJU dalam kenyataan menyebut dengan bimbingan dan kepakaran Dr Sharifah Hapsah, universiti itu berharap dapat mengembangkan kualiti bagi kecemerlangan akademik, mewujudkan hubungan dan kerjasama dalam bidang industri kesihatan dan membina kolaborasi dalam bidang penyelidikan.

Pada majlis konvokesyen hari ini, seramai 1,368 graduan KPJU menerima sijil pelbagai peringkat termasuk sarjana, sarjana muda, diploma, diploma lanjutan dan sijil.

Menurut KPJU, alumni universiti itu yang kini mencecah 13,000 orang, berkhidmat di seluruh dunia dalam profesion penjagaan kesihatan. 

Kenyataan itu menyebut kejayaan graduan KPJU disokong oleh pakar perubatan dan penjagaan kesihatan Kumpulan KPJ Healthcare dan 29 hospital di seluruh negara yang menawarkan latihan praktikal kepada pelajar dan pendedahan kepada persekitaran klinikal dan kerja sebenar.

“Graduan KPJU mendapat keistimewaan untuk mendapat akses kepada rangkaian hospital pakar KPJ yang luas dan komprehensif di bandar-bandar utama yang berfungsi sebagai tempat latihan untuk pendidikan klinikal dan disokong oleh 1,500 perunding perubatan, jururawat kanan, pakar kesihatan bersekutu dan pengajar klinikal terlatih,” menurut kenyataan itu.

Ditubuhkan pada 1991, institusi itu yang juga anak syarikat KPJ Healthcare Bhd dahulunya dikenali sebagai Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Antarabangsa PNC telah mendapat status kolej universiti KPJUC pada 2011 sebelum mendapat penarafan sebagai universiti penuh pada Jun lalu.- BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad