web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCMC Sekat 3,150 Kandungan Berunsur Penipuan Bagi Tempoh Jan Hingga Sept - Teo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 1:16PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) di Dewan Rakyat. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,150 hantaran di pelbagai platform media sosial berunsur penipuan dan pemancingan maklumat (phising) disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Sept tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata ia melibatkan 2,871 hantaran di Facebook; 254 (WhatsApp); 13 (Instagram); 11 (Telegram); dan satu di TikTok, selain 1,471 membabitkan laman sesawang.

“Memang kuasa MCMC terhad, misalnya untuk kes penipuan kuasa siasatan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi MCMC main peranan penting iaitu kita boleh ambil tindakan apabila dapat informasi daripada PDRM supaya kita boleh padamkan atau turunkan kandungan berunsur penipuan.

“MCMC akan sentiasa bekerjasama rapat dengan PDRM untuk memastikan kita boleh memberi bantuan segera kepada mangsa penipuan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak).

Dr Wan Azizah mahu tahu langkah penguatkuasaan undang-undang mengenai bahaya ancaman siber memandangkan ketika ini penjenayah siber mengunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menggodam kata laluan, membocorkan maklumat dan menipu pengguna mengakibatkan pelanggaran data serta kerugian kewangan.

Teo berkata sebagai langkah proaktif dalam penguatkuasaan undang-undang mengenai bahaya ancaman siber, Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedang meneliti dan membuat pindaan terhadap beberapa aspek berkaitan perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709).

Menurutnya antara pindaan Akta 709 yang dicadangkan bagi mengawal ancaman siber ialah mewajibkan pengguna data untuk melantik Pegawai Perlindungan Data, melaporkan insiden kebocoran data kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan meningkatkan kadar denda yang lebih tinggi kepada Pengguna Data dan Pemproses Data.

“Selain itu, cadangan peluasan pemakaian tanggungjawab secara langsung juga akan dikenakan kepada Pemproses Data jika berlaku sebarang ketirisan data.

“Dalam masa sama, JPDP dalam perancangan membangunkan garis panduan AI bagi mengawal serta meminimumkan kadar capaian atau gunaan AI berkaitan data peribadi,” katanya.

Katanya pada masa ini, Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (NACSA, MKN) sedang dalam proses penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Siber yang akan menguatkuasakan jenayah siber selari dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad