web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAVCOM Arah MyAirline Henti Jualan, Bayar Balik Pengguna Terjejas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 12:51PM

Dua individu, dipercayai penumpang, mengambil gambar notis dikeluarkan MAVCOM mengenai penggantungan operasi MYAirline yang ditampal di KLIA T2. - gambar Facebook Malaysia Airports

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengarahkan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) untuk menghentikan segera sebarang jualan dan tempahan tiket di semua platform tempahan sehingga notis selanjutnya, berikutan penggantungan operasi mengejut oleh syarikat penerbangan itu.

Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu juga menegaskan bahawa MYAirline bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik kepada pengguna yang telah membeli tiket penerbangan.

"MAVCOM sedang berhubung rapat dengan MYAirline bagi menangani isu ini dan menjalankan siasatan ke atas syarikat penerbangan tersebut berdasarkan pelaksanaan semakan dalaman serta aduan diterima antara lainnya berkenaan pembayaran statutori yang tidak dijelaskan kepada para pekerja.

“MAVCOM juga telah mengarahkan MYAirline untuk segera membantu pengguna terjejas termasuk memaklumkan mengenai penggantungan operasi tersebut dan menerbitkan pengumuman tersebut menerusi saluran komunikasi yang tersedia," katanya.

Kenyataan MAVCOM adalah sebagai mengulas tindakan MYAirline pada pagi ini yang memaklumkan mengenai penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Selain itu, MAVCOM berkata pihaknya akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai operasi MYAirline dalam masa terdekat.

Suruhanjaya terbabit juga bertindak menyediakan talian dan saluran khusus untuk membantu para pengguna yang terjejas akibat penggantungan operasi tersebut.

Pengguna terjejas yang telah membeli tiket penerbangan MYAirline bagi tarikh 12 Oktober 2023 dan selanjutnya diminta menghubungi saluran aduan khas [email protected] bagi sebarang pertanyaan dan bantuan.

Mereka juga boleh menghubungi saluran aduan khusus MAVCOM termasuk hotline pengguna +1800-18-6966 (dalam Malaysia) atau +603-7651 2777 (luar negara), e-mel: [email protected] serta menerusi borang aduan applikasi FlySmart iaitu https://flysmart.my/buat-aduan/, kata suruhanjaya itu. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad