web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berganding Bahu Lindungi, Pelihara Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah – Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 1:37PM

Sultan Nazrin Shah turut berkenan melancarkan buku “Mengenal Kesesatan Syiah” dan buku “Jaringan Islam Liberal dan Agenda Pemurtadan Ummah” di Majlis Muzakarah Sultan Nazrin Shah Tahun 2023, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH- Umat Islam wajib berganding bahu memastikan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah dilindungi, dipelihara, difahami dan dihayati, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah ancaman terhadap pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah dilakukan secara terang oleh musuh Islam yang berselindung melalui gerakan batiniah tertentu serta tindakan individu yang mempamerkan diri mereka sebagai ulama, ustaz, tuan guru dan seumpamanya.

“Namun pada hakikatnya, mereka (individu berkenaan) membawa ajaran yang menyeleweng dan tafsiran yang menyimpang daripada landasan Islam sebenar.

“Oleh itu ummah wajib berganding bahu memastikan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah dilindungi, dipelihara, difahami dan dihayati,” titah Sultan Nazrin ketika berkenan merasmikan Majlis Muzakarah Sultan Nazrin Shah Tahun 2023 dengan tema “Memperkasa Ahli Sunnah Wal Jamaah Sebagai Firqah Najiah” di sini hari ini.

Sultan Nazrin bertitah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi pegangan utama umat Islam di seluruh dunia dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996, membuat ketetapan bahawa umat Islam negara ini hendaklah mengikut ajaran Islam berpaksikan manhaj berkenaan.

Titah baginda manhaj itu adalah daripada segi akidah, syariah dan akhlak; mentafsirkan hukum-hukum Islam berdasarkan sumber perundangan utama iaitu al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas; serta tidak dengan mudah mengkufurkan sesama Muslim.

“Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah disifatkan sebagai ajaran yang betul, lurus, selamat, jelas dan tiada kekeliruan di dalamnya. Pegangan ini merupakan warisan jati diri umat Islam di negara ini sejak agama Islam mula bertapak di Tanah Melayu,” titah baginda.

Titah baginda Ahli Sunnah Wal Jamaah berpegang bahawa manusia dituntut berusaha dan berikhtiar, tetapi memahami bahawa Allah SWT yang menentukan hasil kejayaan dan pencapaian.

Pada program hari ini, Sultan Nazrin turut berkenan melancarkan buku “Mengenal Kesesatan Syiah” dan buku “Jaringan Islam Liberal dan Agenda Pemurtadan Ummah”. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar