web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 40,000 Pengundi 18 tahun Didaftar Secara Automatik Pada Ogos - SPR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 4:35PM

Menara SPR. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Seramai 41,612 pengundi warganegara berumur 18 tahun telah didaftarkan secara automatik melalui sistem daftar pemilihan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Ogos lalu.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, jumlah pendaftaran itu direkodkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2023 (DPT BLN8/2023) yang diwartakan hari ini.

"DPT BLN8/2023 ini mengandungi 41,612 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Ogos 2023 sehingga 31 Ogos 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

"12,915 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 763 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ikmalrudin, semua pengundi boleh melakukan semakan bagi daftar pengundi tersebut melalui pautan yang disediakan SPR.

Beliau berkata, semua warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih berkenaan.

"Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN8/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

"Selain itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian dipautan yang sama atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan," katanya.

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN8/2023 dengan melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau menghubungi SPR di talian

03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. – Getaran, 3 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar