web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hubungan Dua Hala Malaysia – New Zealand Kini Lebih Kukuh – Agong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 6:19PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melihat spesies orkid baharu dinamakan Dendrobium Cynthia Kiro bersama Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro pada Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand kini lebih kukuh, terutamanya kerana kedua-dua negara saling memahami keperluan ekonomi dan sensitiviti masing-masing.

Al-Sultan Abdullah bertitah hubungan kukuh itu terbukti dengan beberapa lawatan oleh pemimpin kedua-dua negara sejak tahun lepas.

“Menteri Luar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia telah melawat New Zealand tahun ini, manakala kami menerima kunjungan Menteri Luar Nanaia Mahuta pada Ogos tahun lepas.

“Pertukaran lawatan ini telah membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat berkaitan sektor ekonomi dan halal, serta pemerkasaan masyarakat orang Asli.

“Sudah tepat pada masanya kerjasama pelbagai aspek mencapai kejayaan dengan peningkatan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik pada Mei 2023,” titah Al-Sultan Abdullah pada majlis jamuan negara bagi meraikan Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro dan delegasi di Istana Negara di sini hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis jamuan itu.

Yang di-Pertuan Agong bertitah baginda juga berbesar hati mengambil maklum bahawa Malaysia dan New Zealand telah menikmati pertumbuhan kukuh dalam hubungan perdagangan, dan pada 2022 New Zealand kekal sebagai rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia di rantau Pasifik.

“Sementara Malaysia pula adalah rakan dagangan ketiga terbesar New Zealand dalam kalangan negara ASEAN,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah hari ini, hubungan kedua-dua negara merentasi pelbagai sektor, daripada hubungan antara rakyat, bidang pendidikan dan ekonomi.

Sebagai contoh, titah Seri Paduka, New Zealand adalah rakan penting Malaysia dalam pendidikan tinggi, dengan lebih 800 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di New Zealand dalam pelbagai bidang.

“Kami berharap lebih ramai pelajar Malaysia akan diberi peluang untuk belajar di New Zealand,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong juga bertitah bahawa Malaysia mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung dari New Zealand.

Seri Paduka bertitah pada 2022, terdapat lebih 15,000 pelancong New Zealand melawat Malaysia dan baginda berharap jumlah itu akan terus meningkat sehingga mencapai tahap pra-COVID yang puratanya kira-kira 56,000 orang setahun.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sukacita atas lawatan Kiro dan delegasinya, yang disifatkan Seri Paduka sebagai tanda persahabatan erat antara kedua-dua negara.

“Semoga lawatan negara ini akan dapat mengeratkan lagi tali persahabatan dan mengukuhkan jalinan hubungan dua hala Malaysia-New Zealand," titah Seri Paduka.

Ini merupakan lawatan sulung Kiro ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak menjawat jawatan Gabenor Jeneral New Zealand pada 21 Okt 2021.

New Zealand merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi kedua-dua negara setakat Jun 2023 bernilai RM6.32 bilion (US$1.42 bilion), peningkatan 15.3 peratus berbanding RM5.48 bilion (US$1.27 bilion) bagi tempoh sama pada 2022. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad