web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bawa Kes Najib Ke PBB: 'Memalukan Namun Perlu Dibuat' - Shafee

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 8:34PM

Shafee Abdullah - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Tidak yakin dengan sistem keadilan dalam negara, Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan membawa kes melibatkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jelasnya, tindakan itu dilakukan bagi memperjuangkan keadilan buat Najib setelah mereka gagal berbuat demikian menggunakan sistem perundangan negara.

Mengakui tindakan itu memalukan, Shafee bagaimanapun berkata, ia perlu dibuat bagi memastika Najib menerima pembelaan dan keadilan sewajarnya.

"Kita patut yakin dengan sistem kita tapi bila terpaksa minta dengan orang luar itu sesuatu yang memalukan.

"Jangkaan saya (sebelum akhir tahun) sebab dah masukkan petisyen Februari tahun ini. Mereka akan ambil masa. Ada perbincangan dan sebagainya. Mereka terlibat banyak perkara dari seluruh dunia. Mereka sudah kaji (kes Najib).

"Mereka akan hantar petisyen kita dengan pemerhatian mereka melalui Wisma Putra, dan peguam negara untuk input mereka. Jika ada input ia akan memutuskan," katanya di dalam satu sidang media selepas menghadiri forum 'Dialog Awam: Keadilan Untuk Siapa', di Wisma MCA, petang tadi.

Menurut Shafee, permohonan itu akan dihantar kepada Kumpulan Kerja Perundangan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Penahanan Rambang (UNWGAD) melibatkan dakwaan penahanan aribitari (tidak berasaskan peritmbangan yang teliti).  

Beliau juga menjelaskan, keputusan permohonan itu boleh dijadikan asas untuk menjalankan perbicaraan kali kedua terhadap Najib, membabitkan kes SRC International.

"Permohonan itu lebih kurang sama seperti permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, oleh sebab di sana jawatankuasa yang lihat adalah 'top brain' perundangan di peringkat dunia.

"Kes ini sedang dikaji di Geneva, saya harap dalam tidak lama lagi, Peguam Negara melalui menteri luar akan dijemput untuk memberi pandangan mereka. Mesti ada sesuatu pendapat awal.

"Kemudian satu keputusan akan dibuat, ini akan dibuat sebelum akhir tahun ini," kata Shafee lagi.

Najib membuat permohonan tersebut pada 5 Januari lalu melalui penghantaran digital ke pejabat PBB di Geneva dengan harapan untuk mendapatkan hak pembelaan yang sewajarnya dari agensi terbabit.

"Ini bukan sesuatu yang sia-sia. Kita boleh guna pendapat PBB di Geneva sebagai tapak untuk 'review' kali kedua untuk kes Najib," kata Shafee.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang setelah diputuskan bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). - Getaran, 30 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad