web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayar Tol Kini Lebih Mudah, Hanya Dengan Kad Bank Anda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 3:57PM

Alexander ketika membayar tol menggunakan kad bank. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - SIstem kutipan tol secara pembayaran terbuka hari ini dengan rasminya boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia yang melalui 11 lebuh raya di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kedah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan perkara berkenaan melalui hantaran di laman Facebook miliknya.

Menurut beliau, semua pengguna boleh menikmati kemudahan tol tersebut di 11 lebuh raya yang menawarkan sistem pembayaran berkenaan.

"Pengguna lebuh raya kini boleh membuat bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard di 11 lebuh raya yang menawarkan perkhidmatan ini.

"Inilah antara usaha Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi tol dalam menyediakan kelancaran trafik di plaza tol bagi semua pengguna jalan raya.

"Ini sejajar dengan kempen MYJalan yang antara lain dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya," katanya hari ini.

Pekerja lebuh raya memasang papan tanda laluan yang boleh menggunakan kaedah pembayaran kad bank dan kad kredit selain kad prabayar Touch N Go. - gambar Facebook
Pekerja lebuh raya memasang papan tanda laluan yang boleh menggunakan kaedah pembayaran kad bank dan kad kredit selain kad prabayar Touch N Go. - gambar Facebook

Antara lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Sistem pembayaran sedemikian turut boleh digunakan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Pelancaran sistem itu sebagai satu daripada usaha dan inisiatif kerajaan yang komited dalam peralihan ke arah sistem kutipan tol secara Multi-Lane Fast Flow (MLFF).

Sistem ini dijangka dapat direalisasikan secara berperingkat menjelang 2024 di semua plaza tol mengikut kesesuaian. – Getaran, 29 September 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad