web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Diadakan Bulan Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 5:22PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mesyuarat pertama Jawatankuasa Keharmornian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang diaktifkan semula akan diadakan bulan depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata mesyuarat jawatankuasa itu yang berperanan sebagai medium perbincangan antara pemimpin agama bagi menyelesaikan persoalan berkaitan agama serta kaum, akan dipengerusikan beliau bersama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

“Sebelum ini, saya sudah suarakan hasrat kepada Menteri Perpaduan Negara (Aaron) untuk aktifkan semula Jawatankuasa Harmoni kerana jawatankuasa ini memainkan peranan penting untuk anjur pelbagai program bagi tujuan kukuhkan perpaduan antara kaum.

“Menteri (Aaron) terima cadangan dengan baik. Ini adalah cerminan semangat kebersamaan antara kami,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Majlis sambutan bertemakan 'Perpaduan Teras Malaysia MADANI' itu turut diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mohd Na’im berkata, pengaktifan semula jawatankuasa yang ditubuhkan pada 14 Ogos 2020 itu membolehkan pihaknya memperkasakan pendekatan Islam wasati (pertengahan) bagi menjelaskan kepada golongan bukan Islam bahawa agama Islam adalah agama rahmah.

“Pendekatan wasati digunakan kerana ia tidak terlalu ekstrem, konservatif dan jumud, malah tidak terlampau longgar serta lari daripada disiplin ilmu Islam yang sahih,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How dalam masa terdekat untuk menjelaskan kepada beliau mengenai disiplin berkaitan tafsiran petikan ayat suci al-Quran.

“Ini pendekatan harmoni. Insya-Allah kalau ada libat urus seumpama ini dengan golongan bukan beragama Islam, mereka dapat terima Islam sebagai agama rahmah,” katanya.

Pada Selasa lepas, Lee memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau memetik ayat al-Quran dalam satu video menerusi laman media sosialnya baru-baru ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Lantik Pakar Bukan Islam Dalam Jawatankuasa Khas Tidak Berasas - Mohd Na'im

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawatankuasa Khas Kaji Kompetensi DUN Gubal Undang-Undang Islam Ditubuhkan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

50 Tan Barangan Bantuan Kemanusiaan Dihantar Ke Palestin Jumaat Ini

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran