web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas ADUN Paloh Ditidurkan Akibat Komplikasi Denggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 1:37PM

Gambar Datuk Nozula Mat Diah yang dikongsikan anaknya melalui media sosial. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Datuk Nozula Mat Diah ditidurkan berikutan berada dalam keadaan kritikal akibat komplikasi pada organ dalaman selepas mengalami demam denggi.

Isterinya Datin Mastura Osman, 51, berkata Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

"Beliau disahkan menghidap demam denggi pada Ahad lepas setelah menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Chiku 3 sebelum dirujuk ke Hospital Gua Musang dan seterusnya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada hari yang sama.

“Doktor memberitahu suami mengalami demam denggi yang teruk dan memberi kesan terhadap organ dalaman suami seperti paru-paru, hati dan buah pinggang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mastura berkata keputusan menidurkan bekas ADUN itu diambil bagi mengelakkan lebih banyak jangkitan kuman pada organ dalaman ekoran demam denggi yang teruk.

“Saya dihubungi oleh doktor pada pagi ini menyatakan bahawa mereka akan membuat pemeriksaan ke dalam perut suami pada 11 pagi bagi mengesan keadaan dalam perut selepas mendapat tanda kemungkinan berlaku pendarahan di bahagian terbabit.

“Saya berharap rakyat dan semua kenalan suami dapat mendoakan dan membuat solat hajat supaya beliau sembuh seperti biasa," katanya.

Nozula merupakan ADUN Paloh daripada Barisan Nasional (BN) selama 28 tahun sejak 1990.

Pada 23 Julai lepas, Nozula yang turut menghidap penyakit strok mendapat kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya di Felda Chiku 3 di sini.  - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad