web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Siap Siaga Hadapi Musim Tengkujuh 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 4:22PM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek beramah mesra dengan murid Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh, Haris Harian Zamry, 10, semasa melawat Pusat Multidimensi di sekolah berkenaan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) sudah membuat persiapan untuk semua sekolah dalam menghadapi musim banjir menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM sentiasa berhubung dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan bekerjasama dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana banjir.

“Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi banjir kerana ini adalah tanggungjawab dan rutin kita. Jawatankuasa penyelaras juga sudah berbincang dan Pusat Pantauan Banjir juga sudah bersedia menghadapi musim tengkujuh,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Multidimensi di Sekolah Kebangsaan Sungai Aceh di sini, hari ini.

Beliau berkata, KPM sudah menyiapkan sebahagian besar mekanisme termasuk sekolah-sekolah yang akan terlibat dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekiranya diperlukan.

Semalam, tiga negeri iaitu Perak, Sabah dan Sarawak dilanda banjir melibatkan ratusan mangsa terpaksa dipindah ke PPS.

Sementara itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, KPM sebenarnya mempunyai garis panduan bahawa setiap guru yang ingin menghukum pelajar harus mempunyai dua orang saksi.

Beliau berkata, semua guru harus mematuhi garis panduan tersebut untuk menjatuhkan hukuman terhadap pelajar.

“Kami mempunyai garis panduan yang betul, jadi kami mahu semua pihak memastikan bahawa garis panduan itu dipatuhi,” katanya.

Fadhlina berkata demikian ketika ditanyakan mengenai cadangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bahawa setiap guru yang ingin menjatuhkan hukuman terhadap pelajar harus mempunyai seorang saksi.

Jumaat lalu, dilaporkan seorang guru sekolah rendah telah menampar pipi kiri seorang murid selepas berang tidak menemukan surat yang dikehendaki dalam kejadian di sebuah sekolah di Klang, Selangor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad