web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Kilat: 102 Penduduk Dipindahkan Di 2 Pusat Pemindahan Di Baling

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 8:55AM

Pasukan penyelamat membawa mangsa banjir kilat di Baling ke Pusat Pemindahan Sementara. - gambar Facebook APM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seramai 102 penduduk terdiri daripada 33 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir kilat di daerah Baling, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata dua PPS tersebut adalah Masjid Islahiyah Tawar dan Masjid Binjul Luar.

"PPS Masjid Islahiyah Tawar yang dibuka pada pukul 11 malam menempatkan 91 mangsa daripada 31 keluarga, manakala PPS Masjid Binjul Luar yang dibuka pada 12 tengah malam itu pula menempatkan 11 mangsa daripada dua keluarga.

"Kesemua mangsa dipindahkan ke dua PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlaku di sekitar Baling sejak petang, semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau hujan lebat itu juga telah menyebabkan air Sungai Ketil melimpah ke tebing di Kampung Padang Empang dan Kampung Iboi.

Beliau berkata bacaan paras air sungai berkenaan yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Stesen Sungai Ketil di Kampung Kuala Pegang menunjukkan melebihi paras bahaya iaitu 36.19 meter setakat 8 malam tadi.

"Kesemua mangsa yang dipindahkan berada dalam keadaan selamat dan sedang dipantau oleh agensi yang terlibat serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad