web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERNAMA, RTM, JaPen Perlu Kerjasama Rangka Strategi Tangkis Berita Palsu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 4:05PM

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bersama timbalannya Teo Nie Ching menunjukkan setem khas sempena Hari Malaysia pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi Sept 2023 anjuran Sektor Telekomunikasi dan Ekonomi Digital. - gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pertubuhan Berita Nasional (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM)  dan Jabatan Penerangan (JaPen) perlu memperkukuhkan kerjasama dalam merangka strategi bagi menangkis berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata selaku agensi di bawah KKD, ketiga-tiga agensi tersebut perlu menjadi barisan hadapan dalam menangkis sebarang maklumat tidak tepat di media sosial dan media arus perdana secara segera.

Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian serius bagi mengelak berlaku salah faham dan kekeliruan yang berpanjangan dalam kalangan masyarakat ekoran penyebaran berita dan maklumat palsu.

“Ada keperluan RTM, Bernama dan JaPen jalin kerjasama erat untuk segera tangkis tohmahan atau maklumat yang tidak berasas kerana ia boleh cemar maruah dan menimbulkan persepsi tidak baik. Ini bukan hal politik tetapi hal kenegaraan.

“Kita mesti bersifat proaktif untuk tambah baik penyampaian perkhidmatan awam, saya minta kita budayakan amalan menyemak kesahihan sesuatu maklumat atau berita sebelum dikongsi,” katanya.

Bagi tujuan sama, Fahmi ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Parlimen pada Selasa (19 Sept) telah menyatakan persetujuan dan akan meneliti cadangan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail supaya RTM mewujudkan siaran khusus bagi semakan berita fitnah agar ia boleh dirujuk secara harian.

“Mungkin kita akan wujudkan slot baharu, contohnya ‘Fitnah Apa Hari ini’, untuk jawab dan tangkis berita palsu supaya tidak berlaku salah faham dalam kalangan rakyat,” katanya.

Mengulas video yang tular mengenai kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ yang didakwa tidak lagi dibaca ketika majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Fahmi berkata kalimah tersebut sememangnya tidak dilafazkan oleh Ahli Parlimen ketika mengangkat sumpah.

Sebaliknya, katanya kalimah berkenaan hanya dilafazkan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ketika mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya telah teliti beberapa majlis mengangkat sumpah (Ahli Parlimen) yang diadakan sebelum ini. Maka jelas tidak ada ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ dalam majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, bukan hanya dalam penggal ini malah dalam penggal-penggal sebelum ini,” katanya.

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim meminta penjelasan mengenai kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ tidak dilafazkan Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kaiat ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata KKD akan melaksanakan penambahbaikan dalam penganjuran Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) bagi 2024 bagi merancakkan lagi acara sambutan hari bersejarah itu.

“Alhamdulillah, HKHM2023 telah diadakan dengan cukup jayanya, ia tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak. Saya terharu dengan kerjasama yang diberikan kerana ini kali pertama saya kemudi kepimpinan di KKD. Insya-Allah, untuk tahun depan, kita akan teliti bagaimana untuk meriahkan lagi kalendar sambutan Bulan Kebangsaan,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos lepas dihadiri lebih 100,000 pengunjung, manakala sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, Kuching pada 16 Sept lepas berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

Tema HKHM 2023 ialah Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad