web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Ketuai Delegasi Ke UNGA, Turut Dijadual Sampaikan Khutbah Jumaat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 10:52AM

Zambry pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. - gambar Facebook Zambry Abd Kadir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, bermula hari ini hingga 26 Sept ini di sini.

Pada penampilan pertama beliau di perhimpunan tahunan pemimpin dunia itu, Anwar akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan tindakan yang diambil bagi mencapai Agenda 2030.

“Perdana Menteri juga akan berkongsikan mengenai kerangka Malaysia MADANI… amat penting untuk kita memberitahu kepada dunia mengenainya,” kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kepada wartawan Malaysia di Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Nazri Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad.

Menurut Zambry, Perdana Menteri yang dijadual tiba di sini pada Rabu akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Perbahasan Umum, pada Jumaat.

Anwar akan diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kanan kerajaan.

Perbahasan Umum yang bermula hari ini hingga 26 Sept akan menyaksikan pemimpin negara dan kerajaan dari 157 negara serta 35 menteri menyampaikan Kenyataan Negara mereka di ibu pejabat PBB.

Tema Perbahasan Umum tahun ini ialah “Rebuilding trust and reigniting global solidarity: Accelerating action on the 2030 Agenda and its Sustainable Development Goals (SDG) towards peace, prosperity, progress and sustainability for all”.

Zambry berkata kehadiran perdana menteri di UNGA dijangka mendapat liputan penting kerana ramai pemimpin negara lain yang ditemui sebelum ini menyatakan bahawa mereka menantikan ucapan Anwar kerana pengalaman dan kepimpinannya.

“Perdana Menteri juga akan bercakap mengenai konflik global termasuk krisis Ukraine serta isu Palestin dan Myanmar yang berlarutan,” katanya.

Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan khutbah solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY) pada Jumaat ini, sekali gus pemimpin asing pertama diberi penghormatan sedemikian oleh masjid pertama di bandar itu.

Anwar juga akan menjadi hos majlis makan malam untuk 1,000 diaspora Malaysia pada Jumaat, kata Zambry dan menambah terdapat kira-kira 25,000 rakyat Malaysia menetap di negara ini. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad