web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teater Muzikal 'Segulai Sejalai' Mempersona, Terima Tepukan Gemuruh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 8:31AM

Teater Muzikal Segulai Sejalai dapat sambutan meriah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Stadium Perpaduan, di sini malam ini bergema dengan tepukan gemuruh daripada lebih 5,000 hadirin yang menonton teater muzikal “Segulai Sejalai” sempena sambutan Hari Malaysia 2023 peringkat kebangsaan.

Persembahan memukau selama 20 minit terbahagi kepada tiga segmen itu menampilkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan sehingga kini. 

Watak pejuang kemerdekaan seperti Rosli Dhobi dan Mat Salleh yang ditonjolkan dalam teater berkenaan memberi penghayatan akan kepentingan mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah pada suatu masa dahulu.

Merupakan antara pengisian sambutan Hari Malaysia, laungan “Merdeka!” dan semangat “Segulai Sejalai” (bermaksud seiring sejalan) sepanjang teater itu menggamatkan suasana di stadium sepanjang sambutan bagi memperingati enam dekad penubuhan Malaysia.

Hadir menyaksikan persembahan berkenaan ialah Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri Puan Sri Fatimah Mohd Iskandar serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan Kabinet juga hadir pada sambutan Hari Malaysia 2023 peringkat kebangsaan itu.

Hadir sama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salang.

Terdahulu, perasmian sambutan Hari Malaysia 2023 peringkat kebangsaan dilaksanakan dengan memperingati 60 tahun pembentukan Malaysia antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Upacara dimulakan dengan Anwar, Abang Johari dan Hajiji menandatangani Buku Khas Hari Malaysia selepas tayangan video khas memaparkan detik-detik bersejarah penubuhan hari Malaysia pada 1963.

Ia disusuli dengan perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka diikuti upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dengan iringan lagu “Negaraku”.

Kemudiannya, lagu “Jalur Gemilang” didendangkan bagi memeriahkan suasana stadium sebelum diakhiri upacara bacaan ikrar Rukun Negara. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad