web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MBOR Iktiraf Ladang Sindiyan Sebagai Tanaman Musang King Terbesar Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 8:18PM

Ladang Sindiyan dengan keluasan hampir 3,000 hektar di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang diiktiraf sebagai tanaman durian Musang King terbesar dalam negara oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Ladang Sindiyan dengan keluasan hampir 3,000 hektar di Tanah Tinggi Lojing di sini diiktiraf sebagai tanaman durian Musang King terbesar dalam negara oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) hari ini.  

Ketua Pegawai Eksekutif, Sindiyan Plantation Sdn Bhd, Symantha Chai berkata lebih 200,000 pokok durian Musang King diusahakan di ladang berkenaan. 

Beliau berkata syarikatnya sudah menjalankan pelbagai cara penanaman sejak 2016 bagi mendapatkan kaedah yang betul sebelum berjaya mengembangkan ladang tanaman sehingga mencapai keluasan pada hari ini. 

"Kami cukup berbangga dengan pencapaian diraih oleh Ladang Sindiyan. Misi kami adalah untuk membangunkan usaha niaga agrikultur dan agropelancongan yang mampan. Usaha ini akan membawa limpahan sosioekonomi kepada penduduk setempat serta membawa kelestarian kepada alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai ladang Musang King terbesar di Malaysia, di Tanah Tinggi Lojing, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Muhamed Fadzli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas, Hernan Corporation Sdn Bhd, Datuk Anna Teo.

Mengulas lanjut, Chai berkata, sebanyak 60,000 tan metrik penghasilan durian disasarkan setiap tahun menerusi usaha sama dengan pengeksport durian terbesar iaitu Syarikat Hernan Corporation Sdn Bhd. 

Pokok durian Musang King yang diusahakan di Ladang Sindiyan. gambar Sindiyan Plantation Sdn Bhd
Pokok durian Musang King yang diusahakan di Ladang Sindiyan. gambar Sindiyan Plantation Sdn Bhd

"Usaha sama eksklusif ini akan dapat memenuhi permintaan tinggi dunia terhadap durian Malaysia dan produk berasaskan durian. Kami telah mengembangkan operasi untuk memenuhi permintaan durian di negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat,” katanya. 

Chai berkata, usaha sama itu juga membolehkan kualiti buah dikekalkan dengan bantuan pengalaman lebih 40 tahun berkaitan teknik kultivasi serta pengurusan ladang untuk dihantar kepada pelanggan di setiap peringkat huluan sehingga hiliran. 

“Kami akan kekal komited untuk menjadi peneraju dalam perniagaan durian di dalam dan luar negara dan akan terus memodenkan operasi dan mengembangkan ladang pada masa hadapan,” katanya. - BERNAMA 

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Kembali Terajui Johor, Angkat Sumpah Depan TMJ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Melaka Meningkat 1,000 Orang, 2 Daerah Terjejas

oleh Sophia Ahmad