web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Permohonan Sijil Halal Wajib Diberi Dalam Tempoh 30 Hari Bekerja – Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 2:34PM

Ahmad Zahid ketika melawat ruang Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan bagi setiap permohonan untuk mendapatkan sijil halal, wajib diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja dan tiada alasan untuk ia dilewatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya beliau ada mendengar rungutan yang mendakwa proses permohonan itu mengambil tempoh dari sembilan bulan sehingga dua tahun, malah ada yang hanya mendapat maklum balas permohonan tidak diluluskan selepas dua tahun.

“Laporan yang saya terima daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) memperlihatkan bahawa mereka telah mengambil beberapa langkah proaktif dan keputusan kelulusannya telah dipercepatkan. Maklumat itu mungkin hanya maklumat di atas kertas, tetapi di luar sana masih terdapat rungutan.

“Harus ada keterlangsungan di antara proses memperbaiki dan mempercepatkan pengeluaran sijil itu,” katanya dalam ucaptama majlis Halal Sector Forum 2023, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut mahukan supaya bengkel pensijilan halal diadakan tiga kali setahun bagi menyegerakan pengeluaran sijil halal kepada pemohon baharu dan mereka yang ingin memperbaharui sijil.

Pada masa sama, beliau berkata prosedur bagi memperolehi sijil halal juga perlu dipermudahkan supaya tidak menyusahkan pemohon dan perkara itu boleh dilakukan sekiranya terdapat kerjasama antara kumpulan agama dan pakar serta pemain industri halal.

“Kita harus keluar daripada kepompong bekerja secara silo,” katanya.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata bagi menentukan pembaharuan pensijilan halal, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah menawarkan kursus dengan silibus berdasarkan cadangan JAKIM khususnya dalam bidang halal.

Menerusi inisiatif itu beliau berkata MARA, melalui Giatmara dan beberapa TVET lain diminta untuk menghasilkan lebih ramai juruaudit halal di dalam industri yang mengeluarkan produk halal.

Malah, katanya Universiti Kuala Lumpur (UniKL) juga telah mewujudkan kursus yang berkaitan industri halal di peringkat Ijazah, Sarjana dan Doktor falsafah (PhD).

“Maka saya minta syarikat multinasional (MNC) serta syarikat besar terutama produk berasaskan eksport atau pekilang harus mengambil juruaudit halal menentukan piawaian dan tatacara halal ini dapat diikuti berdasarkan khidmat nasihat dan pandangan professional juruaudit ini.

“Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan, berdasarkan saranan Perdana Menteri bahawa langkah-langkah sinergi harus dilakukan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Halal Development Corporation Berhad (HDC), JAKIM, Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan MARA agar penyelarasan dapat dilakukan segera.

Ahmad Zahid berkata beliau memberikan tempoh hingga 3 Okt ini untuk melaksanakan usaha-usaha itu sebelum beliau mempengerusikan Majlis Pembangunan Halal Malaysia.

Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa melawat tapak pameran Halal Sector Forum 2023 serta menyaksikan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di pempamer MARA. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 15 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad