web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Jawatankuasa Fatwa Negeri Atau Mufti Boleh Keluarkan Fatwa - Sultan Sharafuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 8:03PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengeluaran fatwa hanya boleh dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau mufti selepas menerima perkenan Sultan masing-masing. 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, pengeluaran fatwa secara berleluasa oleh segelintir pemimpin politik mutakhir ini sudah menjadi trend yang amat berbahaya. 

Titah baginda, turut bertanggungjawab dalam perihal fatwa ialah Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI). 

“Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaa ini bertanggungjawab dalam mengeluarkan pandangan hukum setelah mengadakan perbincangan dengan mufti dari setiap negeri, dan setelah menerima perkenan Majlis Raja-Raja. 

“Selanjutnya pandangan hukum tersebut diangkat untuk pertimbangan setiap Jawatankuasa Fatwa Negeri dan mendapat perkenan Raja bagi sesebuah Negeri untuk difatwakan,” titah baginda. 

Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi MKI bertitah, sesuatu fatwa dikeluarkan bukan semata-mata atas dasar pandangan seorang mufti sahaja. 

Titah baginda, ia sebaliknya dibuat secara kesepakatan majoriti ahli sama ada dalam Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI atau Jawatankuasa Fatwa Negeri yang terdiri daripada alim ulama’ dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.  

Fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakaran Kebangsaan selepas menerima perkenan Majlis Raja-Raja - gambar fail
Fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakaran Kebangsaan selepas menerima perkenan Majlis Raja-Raja - gambar fail

“Ini adalah bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan adalah tepat dan membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat.  

“Sebaliknya sekiranya fatwa dibenarkan untuk dikeluarkan oleh orang-orang politik dan pemimpin-pemimpin politik, ia akan pasti mencetuskan perbalahan, perpecahan, keganasan di dalam masyarakat yang akhirnya meranapkan tamadun sesuatu bangsa,” titah baginda. 

Baginda bertitah, rakyat khususnya pemimpin politik perlu menghentikan perbuatan mengeluarkan fatwa sesuka hati demi memelihara perpaduan rakyat. 

“Beta tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggung-jawab ini.  

“Ingatan Beta ini tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak atau golongan mana-mana parti politik, malah Beta memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini selepas pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil selesai, bagi mengelakkan kenyataan Beta disalahertikan sebagai memihak sesuatu kumpulan politik.  

“Beta menyeru agar janganlah agama diperalatkan bagi meraih sokongan kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri,” titah baginda. 

Titah Sultan Sharafuddin, polis perlu bersikap pro aktif dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja membangkitkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu. 

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipanggil memberi keterangan hari ini susulan 'fatwa politik' dibuat beliau - gambar BERNAMA
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipanggil memberi keterangan hari ini susulan 'fatwa politik' dibuat beliau - gambar BERNAMA

Baginda bertitah, ia perlu dilakukan supaya menjadi pengajaran dan mendatangkan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara sama di masa akan datang. 

“Beta menegaskan di sini, Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mempunyai peranan di dalam memelihara hak orang-orang Melayu dan agama Islam (agar) sentiasa terjamin. Di samping itu Raja-Raja Melayu juga bertanggungjawab menjamin hak dan keselamatan kaum-kaum lain yang membentuk rakyat Malaysia.  

“Rakyat serta pemimpin politik tidak perlu bimbang tentang pemeliharaan hak kaum masing-masing dan agama yang dianuti oleh setiap kaum di negara ini. Ini adalah kerana undang-undang negara khususnya Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak bagi semua kaum dan agama kepada setiap rakyat Malaysia.  

“Raja-Raja Melayu berperanan memayungi dan menjamin semua hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut sentiasa dipelihara,” titah baginda. - Getaran, 12 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad