Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


ASEAN Perlu Dilindungi Daripada Tindakan Pecah Belah Kuasa Besar - Anwar

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 4:27PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Sidang Pleno Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 di Jakarta hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - ASEAN perlu berwaspada terhadap tindakan memecah belah oleh kuasa-kuasa besar dengan sentiasa mendukung kepentingan kumpulan untuk melindungi semua yang sudah dicapai daripada diganggu-gugat oleh pesaing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bercakap pada Sesi Pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, beliau berkata kumpulan itu, yang kepelbagaiannya sudah terbukti sebagai kekuatan, perlu meningkatkan kapasiti institusinya, memperkemas mekanisme, dan memastikan pelaksanaan keputusannya tepat pada masanya.

“ASEAN mempunyai peluang unik melalui platform tambahannya, untuk membawa bersama-sama pihak yang bersaing untuk mengingatkan mereka mengenai keperluan untuk mengutamakan dialog dan kerjasama, bagi menggalakkan persaingan yang sihat serta untuk memastikan apa yang mereka bawa ke dalam hubungan mereka dengan ASEAN akan membantu mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini,” kata beliau dalam intervensinya.

Anwar berkata mereka yang di luar rantau ini sudah mengiktiraf ASEAN sebagai satu pertubuhan serantau yang paling berjaya, terutamanya berhubung keupayaannya dalam mengekalkan rantau yang aman, stabil, selamat dan makmur.

“Ini telah menarik ramai untuk menjalinkan hubungan dengan ASEAN, termasuk kuasa besar, yang pesaingannya dilihat di tengah dan bersebelahan dengan rantau kita,” jelasnya.

Menyentuh mengenai 'peta standard China edisi 2023', Anwar berkata Malaysia sudah mengeluarkan kenyataannya dengan jelas mengenai pendiriannya.

“Isu di Laut China Selatan mesti diuruskan secara aman dan rasional melalui dialog dan perundingan mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982),” kata beliau.

Mengenai Wawasan Pasca 2025 Komuniti ASEAN, Anwar berkata Wawasan Komuniti ASEAN 2045 menggariskan hala tuju strategik jangka panjang yang jelas untuk kumpulan itu mencapai matlamatnya untuk Komuniti ASEAN yang mampu bertindak balas dengan berkesan kepada cabaran dan peluang semasa serta masa depan.

Beliau menyuarakan harapan supaya semua pemimpin boleh bersetuju untuk membenarkan sedikit kelonggaran bagi pelarasan yang perlu dibuat kepada visi itu berdasarkan perkembangan relevan antara sekarang dan penerimaan terakhirnya pada 2025

“Malaysia berterima kasih kepada Indonesia kerana mempengerusikan bersama Pasukan Petugas Peringkat Tinggi (HLTF) dengan Malaysia pada 2023 serta sokongan dan kerjasama yang sangat baik dalam meneruskan kerja HLTF. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Laos tahun depan,” kata Anwar.

Sebagai penyelaras Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), beliau berkata ASEAN dan GCC sudah bersetuju untuk mengadakan sidang kemuncak itu di Arab Saudi pada 20 Okt, sambil menambah bahawa dua dokumen hasil dicadangkan, yang merupakan Pernyataan Bersama mengenai Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Rangka Kerja Kerjasama ASEAN-GCC (2024-2028).

“Mereka kini sedang dirundingkan oleh pegawai kami. Terdapat cadangan untuk Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN-GCC pada 19 Okt untuk memuktamadkan persiapan bagi sidang kemuncak itu,” katanya.

Mengenai penggiliran pengerusi ASEAN, Anwar menyampaikan penghargaan Malaysia kepada Filipina atas kesediaannya untuk menyandang jawatan Pengerusi ASEAN pada 2026, dan menyertai konsensus negara anggota lain meneruskan penggiliran berdasarkan susunan abjad, melainkan diputuskan sebaliknya oleh para pemimpin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

PM Tiba Di Republik Kyrgyz Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

2

Semasa 19 jam yang lalu

Lawatan PM ke Republik Kyrgyz, Perkukuh Hubungan 2 Negara

3

Ekonomi 1 hari yang lalu

Malaysia Tarik Pelabur Pada Forum Ekonomi Qatar

4

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Komited Mainkan Peranan, Desak Henti Serangan Ke Atas Rafah

Sorotan

1

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Kes Gaduh Anggota Tentera 

Semasa 1 hari yang lalu

Kejar Lebih 15Km, Polis Tahan Lelaki Di BKE

Semasa 1 jam yang lalu

Denda SR10,000 Menanti Jika Ditangkap Tunaikan Haji Tanpa Permit

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pernah Melihat Mereka? Sila Hubungi Polis Jika Ada

oleh Sophia Ahmad