Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kalau Tak Faham Bahasa Arab, Jangan Pandai-Pandai Ulas Hadis - Fathul Bari

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 9:39AM

Dr Fathul Bari Mat Jahaya - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tafsiran hadis tidak  boleh dibuat secara harafiah kerana ia menuntut pemahaman dan pengertian menyeluruh dalam bahasa Arab.

Ketua UMNO Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, terjemahan Hadis 8 diberikan peguam, Asiah Abd Jalil adalah salah dan terlalu literal.

Menurut beliau, bahasa Arab membezakan antara perkataan uqatil dan aqtul seperti yang terkandung dalam teks hadis.

“Saya jelaskan maksud perkataan uqatil, jangan mudah-mudah terjemah sebagai memerangi ya sebab perkataan bahasa Arab lain

“Kalau sekadar belajar bahasa Melayu dan bahasa orang putih, tak faham Arab jangan ulas, lebih baik jangan ulas walaupun you lawyer,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

@drfathulbari MENJAWAB FITNAH ASIAH JALIL TERHADAP HADIS 40 oleh: Dr Fathul Bari Terjemahan yang diberikan adalah salah dan terlalu literal. Bahasa Arab membezakan antara أقاتل (spt di dalam teks hadis) dan أقتل. Perkataan أقاتل dikategorikan sebagai صيغة مفاعلة yang bermaksud perbuatan yang membawa kepada saling memberi respon antara dua pihak atau lebih. Jadi أقاتل bermaksud ketika saling berperang, maka umat Islam dituntut terus berperang demi memartabatkan kalimah tauhid. Maka dalam konteks hari ini; apa masalahnya jika ada serangan ke atas umat Islam, dan umat Islam bangkit mempertahankan kalimah Allah? Ingatlah agama ada kaedah utk memahaminya bukan dgn cara literal atau liberal sebaliknya dengan method yang telah digariskan oleh para ulama yg amanah. Berikut adalah penjelasan saya secara ringkas walaupun byk lagi poin2 penting yg boleh dikongsi. Yang penting; moga terlerai syubhat. #AsiahAbdJalil #Hadis40 #DrFathulBari #fyp #fypシ ♬ original sound - Dr Fathul Bari Khidmat4Kangar

Fathul Bari menyatakan demikian sebagai mengulas hantaran dimuat naik Asiah berhubung Hadis 8, iaitu hadis yang terkandung dalam Pengajian Hadis 40.

Asiah menerusi hantaran berkenaan mendakwa, Hadis 8 itu mengarahkan golongan bukan Islam diperangi hingga mereka bersetuju memeluk agama berkenaan.

Dakwanya lagi, hadis berkenaan juga memaksa penganut agama Islam yang tidak menunaikan solat dan membayar zakat diperangi.

Menafikan dakwaan berkenaan, Fathul Bari berkata, mengutip terjemahan hadis secara umum untuk diulas secara literal boleh diibaratkan seperti menggunakan sos khinzir sebagai pencicah keropok ikan.

“Saya nak jelas perkataan dalam bahasa Arab, penting untuk difahami, Puan Asiah tolong dengar betul-betul, Perkataan uqatil dalam bahasa arab berbeza dengan aqtul.  Aqtul dengan uqatil lain. Aqtul bermaksud membunuh, perang, memulakan peperangan, memulakan pembunuhan. Itu aqtul.

“Tetapi Nabi (Muhammad SAW) menggunakan perkataan uqatil. Dalam bahasa Arab dia ada satu perkataan dipanggil sirah mufa’alah iaitu satu perbuatan yang mendapat respon kedua-dua belah pihak yakni ketika mana waktu saling memerangi, orang musuh Islam perang Islam, menyerang Islam, responnya orang Islam kena pertahankan Islam untuk memastikan kalimah Allah tertegak,” katanya.

Tegas beliau, tidak ada salahnya dalam konteks hari ini jika umat Islam bangkit membela diri demi mempertahakan akidah Islamiyyah jika berlaku serangan ke atas mereka.

“Ingatlah agama Islam ada kaedah utk memahaminya. Bukan dgn cara literal atau liberal, sebaliknya dengan method yang telah digariskan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang amanah.

“Hadis ini kalau orang serang agama kita, kita kena respon. Kalau orang mulakan peperangan ke atas kita, kita kena respon. Takkan kita nak duduk diam sebab itu hadis tersebut dalam situasi saling berperang. Itu maksud dia, bukan memulakan peperangan apatah lagi dalam konteks hari ini,” katanya. - Getaran, 30 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 8 bulan yang lalu

Hadis 40: KPM Sedia Bincang Rungkai Kekeliruan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Tentangan GERAKAN Bukti PN Lebih Liberal Dari DAP, ‘Kenapa PAS Diam Saja?’

3

Semasa 8 bulan yang lalu

61 SMKA, 228 SABK Terbabit Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tak Perlu Polemik Hadis 40, ‘Memang Hanya Untuk Pelajar Islam!’

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Semasa 1 hari yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 12 jam yang lalu

Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki