web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 3,000 Permohonan IKR Sudah Diterima - Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 9:16PM

Rafizi Ramli - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Ekonomi telah menerima 3,398 permohonan  setakat 25 Ogos lalu bagi projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) untuk membantu rakyat melalui penambahbaikan infrastruktur kecil awam sejak program itu  dilancarkan Jun lepas.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata daripada jumlah itu, 1,491 permohonan diterima dari pihak individu, 989 dari organisasi bukan kerajaan dan 918 permohonan diterima dari organisasi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata Sabah mencatatkan jumlah permohonan paling tinggi iaitu sebanyak 909 projek, diikuti Negeri Sembilan (559 projek) dan Sarawak sebanyak 268 projek.

"Daripada 3,398 permohonan, 1,385 projek telah diluluskan manakala 245 permohonan telah ditolak kerana tidak memenuhi justifikasi dan syarat permohonan di bawah IKR.

"Senarai permohonan projek yang diluluskan telah dikemukakan kepada PBT atau agensi pelaksana yang berkenaan untuk semakan sebelum penyaluran dana dibuat," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata antara projek di bawah IKR yang telah diluluskan ialah baik pulih jalan sebanyak 366 projek; baik pulih parit atau longkang (126 projek); baik pulih surau atau masjid (91 projek); bina baharu dan baik pulih tandas awam (25 projek); dan bina baharu hentian bas sebanyak sembilan projek.

Rafizi berkata orang ramai masih boleh memohon bantuan projek-projek infrastruktur awam kecil melalui laman web IKR di alamat ikr.ekonomi.gov.my.

Beliau berkata IKR membolehkan rakyat memohon secara terus mengenai keperluan projek infrastruktur kecil awam di kawasan masing-masing dengan kos projek tidak melebihi RM200,000. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad