web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Buka Semula Kedutaan Besar Di Iraq

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 2:43PM

Zambry dalam pertemuan dengan Presiden Republik Iraq, Abdul Latiff Rashid dalam lawatan rasmi ke negara itu, baru-baru ini. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia akan membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq, yang ditutup sejak dua dekad lalu, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pengoperasian semula kedutaan itu akan membuka lebih banyak peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Keputusan Kabinet Malaysia itu telah disampaikan kepada kepimpinan tertinggi kerajaan Iraq semasa lawatan rasmi beliau ke republik itu pada 23 hingga 25 Ogos.

Zambry berkata lawatan atas jemputan Timbalan Perdana Menteri Hal Ehwal Antarabangsa merangkap Menteri Luar Iraq Dr. Fuad Hussein itu amat bersejarah dan bermakna kerana ia adalah lawatan pertama di peringkat menteri dari Malaysia ke Iraq selepas lebih dua dekad (kali terakhir pada tahun 2002) semenjak tercetusnya pergolakan politik di Iraq pada 2003.

Lawatan itu bukan sahaja membuka lembaran baharu kerjasama antara Malaysia dengan Iraq, malah merupakan satu permulaan untuk Malaysia berperanan sebagai negara yang proaktif dalam hubungan antarabangsa terutamanya di Asia Barat.

“Ini juga merupakan misi diplomasi aktif yang diasaskan oleh YAB Perdana Menteri  (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bagi membolehkan Malaysia untuk kembali ke persada antarabangsa dalam menghadapi dan mendepani isu-isu global,” katanya.

Dalam lawatan itu, Zambry telah mengadakan kunjungan hormat terhadap pemimpin tertinggi kerajaan Iraq, termasuk Presiden Abdul Latif Rashid, Perdana Menteri Mohammed Shia’ al-Sudani dan Speaker Parlimen Mohammed Al-Halbousi, serta mengadakan perbincangan dua hala bersama rakan sejawatannya.

“Dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Iraq, saya mengulangi komitmen Malaysia untuk meluaskan kerjasama dengan Iraq dalam pelbagai sektor terutamanya ekonomi, pendidikan, hubungan udara dan pelancongan,” katanya.

Zambry berkata kerajaan Iraq juga mengalu-alukan kehadiran syarikat- syarikat dan kepakaran dari Malaysia untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur bagi pembangunan semula Iraq.

“Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk meneroka semua laluan dan peluang yang ada untuk meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara termasuk meningkatkan eksport perabot, produk farmaseutikal, produk elektrik dan elektronik serta komoditi ke Iraq,” katanya.

Beliau berkata kesediaan Malaysia untuk meneroka peluang meningkatkan jumlah dagangan serta mengambil bahagian dalam projek pembinaan dan pengurusan lapangan terbang, sistem jalan raya serta pengurusan sumber air turut dibincangkan.

Turut dibincangkan mengenai status pengoperasian Petronas di Iraq serta peluang yang lebih meluas dalam sektor tenaga yang boleh diterokai oleh Petronas.

Selain itu, beberapa perkara penting juga dicapai dalam lawatan berkenaan, termasuk menggalakkan lawatan peringkat tinggi antara dua negara secara berterusan dan mengadakan semula Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) antara Malaysia dan Iraq yang telah lama tertangguh (kali terakhir pada tahun 2005) dengan segera.

Kedua-dua pihak turut mencapai kesepakatan untuk menggalakkan pertukaran tertinggi perdagangan, pendidikan, melebar luas jaringan hubungan udara bagi mengalakkan aktiviti pelancongan serta kerjasama  menangani isu berkaitan Islamofobia secara kolektif dengan negara-negara Islam yang lain. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar