web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


20 Lagi Ditahan Bantu Siasatan Kes Gaduh Penyokong Bola Sepak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 8:55PM

Seramai 20 lagi individu ditahan polis ekoran insiden pergaduhan antara penyokong Penang FC dan KDA FC. - gambar cetak layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis menahan 20 lagi lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan membabitkan penyokong kelab bola sepak Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata kesemua mereka yang ditahan berusia 18 hingga 30 tahun dan ditahan sekitar Pulau Pinang sejak semalam.

"Tangkapan susulan itu berdasarkan siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis dan kesemua mereka direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah dan hasil ujian saringan awal ke atas kesemua yang ditahan itu mendapati mereka negatif daripada pengambilan dadah,'' katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (Merusuh) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat).

Soffian berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan ada lagi tangkapan susulan akan dibuat berdasarkan siasatan yang dijalankan berhubung kejadian itu.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian agar menghubungi Inspektor Lim Zhao Yong di talian 01119078888 bagi membantu siasatan.

"Tujuh lelaki yang ditahan selepas kejadian bagi membantu siasatan insiden pergaduhan itu, telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Insiden yang berlaku kira-kira 11.20 malam di sebuah stesen minyak di Jalan Perak dan disyaki berpunca daripada provokasi antara kedua-dua penyokong di luar Stadium Bandaraya selepas menyaksikan aksi Liga Super membabitkan Penang FC dan KDA FC.

Dalam perlawanan pada Selasa, KDA FC menundukkan Penang FC 2-1 dalam aksi ‘derby’ utara yang berlangsung dalam suasana sedikit tegang. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar