web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MBSP Diminta Batalkan Konsert Di Kepala Batas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 11:43AM

Poster bantahan terhadap Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok Malaysia Indonesia 2023, - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang meminta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) membatalkan kelulusan konsert Viral Lagu-Lagu Tik Tok yang dijadual berlangsung pada 30 Sept di Dewan Milenium, Kepala Batas dekat sini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata konsert itu telah mendapat bantahan penduduk setempat kerana dikatakan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam, lebih-lebih lagi ia diadakan dua hari selepas umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul.

"Kerajaan negeri mengambil maklum mengenai konsert itu dan selaku Exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat, saya telah meminta pihak MBSP untuk membatalkan kelulusan konsert berkenaan, bagaimanapun pihak penganjur memohon memindahkan lokasi konsert ke Batu Kawan dengan syarat-syarat tambahan.

"Warga setempat (Kepala Batas) telah mengemukakan bantahan rasmi mereka kepada Datuk Bandar MBSP baru-baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak Selasa, tular poster penganjuran Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok Malaysia Indonesia 2023 yang menampilkan artis antaranya Baby Shima dan beberapa artis Indonesia.

Bagaimanapun, di dalam poster itu tidak dinyatakan mengenai kadar caj tiket selain tiada maklumat lengkap pihak penganjur yang mengendalikan acara terbabit.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam hantaran di Facebooknya turut menyatakan bantahan mengenai penganjuran konsert berkenaan.

Katanya setelah mendapat maklumat terperinci beliau telah mengarahkan #TeamBertamKita mengemukakan bantahan rasmi kepada Datuk Bandar MBSP Datuk Azhar Arshad.

"Penganjuran konsert hiburan sebegini, pertamanya tidak sesuai diadakan dalam persekitaran Kepala Batas dan keduanya ia diadakan dua hari selepas umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad