web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Kebangsaan : Kelantan Guna Logo, Tema Sama Dengan Persekutuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 5:25PM

Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kelantan akan menggunakan logo dan tema yang sama dengan kerajaan Persekutuan bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Bagaimanapun, beliau berkata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang bermesyuarat hari ini turut bersetuju menambah cogan kata kerajaan negeri pada tema yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan.

“Tema sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Kelantan kita kekalkan seperti tema yang digunakan di peringkat Persekutuan iaitu Malaysia MADANI:Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

“Tetapi ia disambung dengan Membangun Bersama Islam yang kita jadikan cogan kata kerajaan negeri,” katanya pada pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari mengumumkan empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri.

Mohamed Fadzli juga berkata sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri akan diadakan lebih awal iaitu pada 30 Ogos bermula 6.30 petang di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

“Program kemudian akan diteruskan di dalam stadium melibatkan acara perbarisan dan perarakan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad