web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Benarkan Ikat Jamin Tahanan Sosma Antara Syor Penambahbaikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 12:38PM

Ramkarpal Singh. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Peruntukan membenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan selesai bagi tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah antara syor utama yang sedang diteliti untuk menambah baik akta itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh ketika ditanya mengenai perkembangan SOSMA berkata usaha meneliti penambahbaikan SOSMA hampir selesai.

Menurutnya, beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan antaranya Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan ahli keluarga tahanan SOSMA telah diadakan dan syor-syor yang diterima akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Syor menjamin (ikat jamin tahanan) adalah isu yang kami sedang teliti sekarang. Pemansuhan (akta) tiada dalam perancangan tetapi kami sedang meneliti penambahbaikan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai aktiviti brisk walk merdeka anjuran agensi portfolio undang-undang dan reformasi institusi di sini hari ini.

Pada masa ini, seseorang yang dituduh di bawah SOSMA tidak boleh dijamin kecuali kanak-kanak berusia bawah 18 tahun, seorang wanita atau seorang yang sakit atau uzur tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Ramkarpal berkata kesemua penambahbaikan SOSMA akan dilaksanakan secara berperingkat.

Pada Februari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kerajaan Perpaduan tidak berhasrat memansuhkan akta berkenaan namun akan melaksanakan penambahbaikan.

Menurut Saifuddin Nasution, ia disebabkan PDRM masih memerlukan undang-undang berkenaan agar tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Terdahulu dalam ucapannya, Ramkarpal menyeru warga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) agar terus memperkukuhkan ikatan persaudaraan dan saling menghormati selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang menekankan elemen perpaduan.

Sempena Hari Kebangsaan ke-66, BHEUU telah menyusun beberapa aktiviti antaranya majlis mengibarkan Jalur Gemilang, ceramah kemerdekaan dan lawatan ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad