web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kalah Sampai Jadi DJ' Versi KJ Menghiburkan, Netizen Sokong Hot FM 'Rosakkan' Bekas Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 8:49PM

Khairy Jamaluddin melakukan 'persediaan' sebelum menyanyikan 'Kalah Sampai Jadi DJ' - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari ini bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menghiburkan pendengar salah satu stesen radio apabila menyanyikan lagu Malam Pagi versi sendiri yang diolahnya sesuka hati.

Nyanyian Khairy yang lebih dikenali  sebagai KJ itu berjaya mencuri tumpuan ramai apabila beliau dengan spontan menukar lirik asal lagu tersebut yang dinyanyikan oleh Saixse.

"Malam masih muda, asal kau duduk macam tak buat apa. Bazir masa nak fikir tentang cinta.

"Ya aku sakit, aku kalah sampai jadi DJ," nyanyinya di dalam segmen Bekpes Hot yang dikendalikan oleh radio Hot FM.

Video yang dimuat naik di Instagram @hotfm976 mendapat banyak reaksi pengguna laman sosial berkenaan.

Majoriti mereka terhibur dengan nyanyian bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

"Tak sangka rupanya KJ ada bakat terpendam, tapi lebih bagus kalau biarkan terpendam.

"Kalah sampai jadi DJ, saya terhibur.

"Apa yang korang @hotfm976 buat dekat KJ ni, habis rosak dia," kata netizen.

KJ sebelum ini kalah ketika bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh dalam Pilihan Raya Umum ke 15  November lalu.

Susulan kekalahan KJ itu, beliau meneroka peluang lain dengan menceburkan diri dalam bidang baru iaitu sebagai penyampai radio di stesen berkenaan bermula sejak 15 Februari.

Beliau mengendalikan segmen berkenaan bersama Johan, Fara Fauzana dan AG bermula jam 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat. – Getaran, 21 Ogos 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam