web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Muzik Diwujud Dalam Tempoh Dua Tahun – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 8:21PM

Fahmi ketika berucap pada perhimpunan bulanan KKD hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata satu akta menyeluruh untuk industri muzik akan diwujudkan dalam tempoh dua tahun.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, beliau berkata memandangkan akta untuk industri muzik masih belum ada, perkara itu perlu diteliti termasuk berkaitan aspek mengawal selia industri itu serta pemasaran.

"Kita jangka proses menggubal akta mengambil masa namun ada usaha mendampingi, membantu dan menyediakan beberapa dasar yang sesuai dan manfaat serta menepati keperluan industri muzik akan diusahakan," katanya.

Fahmi berkata KKD bersetuju mewujudkan gerak usaha menggubal akta muzik selepas mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk para penggiat industri itu.

Beliau berkata dalam sesi dialog awam MyCreative Ventures bersama penggiat industri muzik sebelum ini antara isu yang dibangkitkan ialah usaha membawa produk kreatif tempatan ke peringkat antarabangsa.

Menjawab satu soalan, Fahmi berkata akta itu tidak melibatkan royalti penggiat muzik kerana isu tersebut diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

"Kita masih di peringkat awal, jadi sukar untuk saya sebut apa bentuknya nanti tapi kita terima cadangan beberapa pihak, sebagai contoh mewujudkan satu badan yang dapat mengawal sedia industri muzik," katanya.

Beliau berkata ada yang berpandangan fokus untuk badan yang dapat mengawal selia atau membantu industri muzik adalah ke arah mengasah bakat, membantu aspek pemasaran dan memastikan pertumbuhan ekosistem yang mampan.

Fahmi juga berkata setakat 2022, MyCreative berjaya membangunkan lebih 10,000 individu dan perniagaan kreatif serta menyokong lebih 30,000 kerja dalam industri kreatif melalui saluran dana sebanyak RM447.7 juta dan pinjaman berjumlah RM558.45 juta telah diluluskan.

Beliau berkata sejak penubuhannya sehingga kini, MyCreative telah mengangkat pelbagai bentuk seni dan penggiat kreatif melalui pelaburan strategik dan inovatif serta penyediaan platform yang dinamik.

Pada majlis itu, Fahmi menyampaikan Dana Kandungan Digital (DKD) sehingga RM50,000 kepada 10 individu yang mencipta lagu bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia atau lagu patriotik yang bertemakan kenegaraan dalam pelbagai jenis muzik serta genre.

Mereka disenarai pendek daripada sejumlah 53 permohonan yang diterima selepas melalui proses saringan ketat. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam