web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LTdL: KBS Mohon Syarikat Korporat Beri Jawapan Tajaan Secepat Mungkin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 7:57PM

Hannah Yeoh. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin.

Menterinya Hannah Yeoh berkata ini berikutan perlumbaan berbasikal bertaraf antarabangsa itu akan berlangsung dalam tempoh hanya sebulan lagi iaitu dari 23 hingga 30 Sept ini.

Beliau memaklumkan walaupun menerima peruntukan daripada kerajaan untuk membantu penganjur, sokongan daripada syarikat korporat amat penting bagi memastikan penganjuran perlumbaan berbasikal antarabangsa itu berjalan lancar.

“Kita dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan penajaan (untuk LTdL) dengan beberapa syarikat dan kita dah tak banyak masa. Jadi, kita minta syarikat-syarikat ini cepat buat keputusan dalam membantu kita.

“Saya tidak mahu beri tarikh akhir bila mereka boleh beri jawapan sebab kalau masuk sehari sebelum LTdL (berlangsung), saya tetap akan terima sebab kita betul-betul perlukan tajaan,” katanya selepas melancarkan pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) di sini hari ini.

LTdL 2023 akan melibatkan laluan di 11 negeri di Semenanjung kecuali Perlis dengan perlumbaan lapan peringkat, bermula di Kerteh, Terengganu dan berakhir di Kuala Lumpur.

Bulan lepas, Hannah memaklumkan pihaknya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan LTdL 2023 berlangsung dalam suasana meriah menerusi peruntukan RM8 juta yang diluluskan Kabinet.

Sementara itu, Pengarah MPC Mohd Sayuti Mohd Zahit berkata pasukan baharu itu terdiri daripada beberapa bekas pelumba dan pegawai Sapura Cycling (TSC) iaitu kelab yang dibubarkan bulan lepas, ekoran kekurangan dana perbelanjaan, mampu merancakkan lagi industri sukan berbasikal negara.

“Kita kekalkan 70 peratus orang lama dan 30 peratus lagi kita akan tumpukan kepada bakat baharu. Buat masa ini kita sudah ada 10 pelumba tempatan, maksimum kita boleh pergi sehingga 16 pelumba.

“Kita dalam perancangan dapatkan pelumba import, tetapi itu selepas kelab didaftarkan dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai pasukan benua dan berkemungkinan mendaftar status itu pada Oktober nanti,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam