web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Percubaan Zon Bebas Kenderaan Di Banda Hilir Berjalan Lancar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 7:47PM

Ab Rauf ketika meninjau pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan malam tadi. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Pelaksanaan percubaan ‘Zon Bebas Kenderaan’, yang melibatkan penutupan sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir di sini semalam selama enam jam, berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan membuat kajian terperinci, berkaitan aliran trafik di laluan sekitar kawasan berkenaan berdasarkan percubaan pertama inisiatif berkenaan.

“Aliran trafik di kawasan terlibat nampaknya tidak begitu sesak, kerana jalan lingkaran luar dari kawasan yang ditutup terutama sekitar Bangunan Merah, dapat dikawal dengan baik.

“Perkara ini kita akan tambah baik dari semasa ke semasa berdasarkan aduan atau respons daripada orang awam, sepanjang pelaksanaan 'Zon Bebas Kenderaan',” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim dan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam.

Ab Rauf berkata berdasarkan tinjauan yang dilakukannya di lapangan semasa pelaksanaan inisiatif itu, kebanyakan peniaga dan pengusaha kecil dan sederhana di kawasan berkenaan, menyambut baik langkah tersebut yang dilihat memberi manfaat kepada mereka.

Beliau berkata penutupan jalan berkenaan memberi ruang kepada peniaga untuk berniaga di kaki jalan atau di luar premis mereka, sekali gus meningkatkan pendapatan.

“Rata-rata peniaga yang ditemui semalam memberi respons positif, kerana mereka dapat membuka kedai hingga lewat malam dan laluan yang ditutup itu membolehkan pelancong singgah ke kedai mereka,” katanya.

Semalam, kerajaan negeri Melaka melaksanakan 'Zon Bebas Kenderaan' secara percubaan setiap Sabtu bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.

Penutupan jalan sejauh kira-kira 2.3 kilometer itu, melibatkan Jalan Istana, Jalan Mahkamah, Jalan Gereja, Lorong Gereja, Jalan Laksamana serta sebahagian Jalan Tun Khalil Yaakob dan Jalan Merdeka. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar