web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


15 Anggota Polis Ditahan Di Pusat Hiburan Ditahan Tugas – Ayob Khan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 6:30PM

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seremban, Negeri Sembilan, semalam telah dikenakan tindakan tahan tugas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya juga sedang menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

"Di peringkat polis, memang kita tidak akan bertolak ansur. Mereka sudah pun ditahan kerja, itu proses biasa dan selepas dituduh dan kalau disabit (bersalah) mereka akan digantung kerja hingga proses rayuan, sekiranya mereka nak buat rayuan, sama ada di mahkamah tinggi atau mahkamah rayuan.

"...jadi proses ini akan makan masa yang lama, yang pasti tindakan telah pun diambil. Kita tidak akan bertolak ansur sama ada polis atau lain-lain jabatan yang kita tangkap di pusat hiburan, kita ambil tindakan tegas," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selain 15 anggota polis tersebut, seorang timbalan pendakwa raya dan seorang pendaftar mahkamah turut ditahan dalam serbuan itu.

Ayob Khan turut mengesahkan 16 daripada mereka positif dadah melibatkan 14 polis dan kedua-dua penjawat awam terbabit, selain kesemua individu berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya setakat tahun ini, 741 tindakan tatatertib telah diambil dengan 60 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan buang kerja, sekali gus menunjukkan komitmen Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu tatatertib. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad