web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guna Tema, Logo Berbeza Untuk Hari Kebangsaan Khianati Prinsip Federalisme - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 9:29PM

Mujibu Abd Muis - gambar TVS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari untuk menggunakan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri diperintah PN dilihat seolah-olah mengkhianati prinsip federalisme yang diamalkan oleh negara ini.

Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Mujibu Abd Muis berkata tindakan berkenaan mampu meregangkan hubungan antara Kerajaan Pusat dan negeri memandangkan sambutan Hari Kebangsaan bersifat nasional dan diraikan bagi mengenang perjuangan menuntut kemerdekaan negara menerusi penyatuan kaum

“Federalisme merujuk kepada semangat kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan  negeri yang lazimnya dalam hal-hal keraian dan sambutan bersifat kebangsaan, negara dan negeri akan ikut serta patuh tanpa prejudis.

“Menggunakan logo dan tema berlainan jelas bermotifkan politik. Ia tidak patut berlaku atas keperluan untuk menghormati semangat berpersekutuan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Beliau berkata sambutan berkenaan sepatutnya dijadikan langkah untuk memupuk perpaduan dan penyatuan dan bukannya digunakan sebagai kesempatan untuk berpolitik yang akan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Menggunakan logo dan tema berlainan untuk sambutan Hari Kebangsaan jelas bermotifkan politik - gambar fail
Menggunakan logo dan tema berlainan untuk sambutan Hari Kebangsaan jelas bermotifkan politik - gambar fail

Justeru Mujibu meminta Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS itu mempertimbangkan semula cadangan berkenaan. 

Sementara itu, Penganalisis Politik dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir mempersoalkan niat tindakan berkenaan kerana ia seolah-olah menunjukkan rasa tidak hormat kepada prinsip Rukun Negara yang menganjurkan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat. 

 Dr Jeniri Amir - gambar fail
Dr Jeniri Amir - gambar fail

Katanya, tindakan itu juga mampu merenggangkan hubungan di antara kerajaan Persekutuan dan negeri yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak menguntungkan mana-mana pihak. 

"Dalam soal sambutan negara ini, kita haruslah seiring sejalan, bukan sahaja orang politik yang terbabit tetapi juga belia dan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih bersekolah, jadi mungkin mereka akan kata kenapa tidak sama? Jadi saya rasa ia akan dapat memberikan kesan negatif kepada negara,” katanya. 

Terdahulu, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata empat negeri di bawah pemerintahan PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

Logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera'. - BERNAMA 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad