web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengasingan Kuasa AG, Pendakwa Raya, Kajian Empirikal Dalam Tempoh Setahun - Azalina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 8:16AM

Azalina Othman Said - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menjalankan kajian empirikal yang komprehensif dalam tempoh setahun sebelum memuktamadkan cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata kira-kira 19 undang-undang sedia ada serta Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi melaksanakan pengasingan kuasa itu.

“Bagaimanapun, perkara ini juga membabitkan kos yang memerlukan perbelanjaan tambahan kerajaan,” katanya ketika menyampaikan syarahan dalam Syarahan Parlimen Siri 3.0: Membina Semula Negara Melalui Pembaharuan di Bangunan Parlimen di sini malam tadi.

Azalina berkata beberapa undang-undang telah dipinda apabila perlu bagi menangani dan memperbaiki tadbir urus di Malaysia dalam tempoh sembilan bulan lepas.

Beliau juga berkata kerajaan kini dalam proses untuk menggubal Rang Undang-Undang Kekebalan Negara yang akan menggambarkan prinsip undang-undang antarabangsa seperti kekebalan dan kedaulatan negara, status kedaulatan yang mutlak, kepastian dalam proses perkhidmatan bagi dokumen mahkamah di negara asing dan pengecualian kepada pemberian kekebalan itu.

Beliau berkata dengan adanya undang-undang sedemikian, negara berdaulat yang lain diharap dapat menjamin kekebalan kepada Malaysia berdasarkan prinsip timbal balik.

“Kedaulatan Malaysia perlu dilindungi dan tidak boleh dipandang remeh seperti yang berlaku dalam kes penipuan oleh kumpulan Sulu,” katanya.

Kedaulatan Malaysia perlu dilindungi dan tidak boleh dipandang remeh - gambar fail
Kedaulatan Malaysia perlu dilindungi dan tidak boleh dipandang remeh - gambar fail

Azalina juga berkata Kerajaan Perpaduan sedang memperinci Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 1999 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi meningkatkan kepercayaan orang ramai serta keyakinan pelabur asing.

Beliau berkata pendekatan seluruh Malaysia, menyatupadukan rakyat, kerajaan dan masyarakat sivil diperlukan dalam usaha mencapai visi untuk membina Malaysia yang lebih baik dengan ekonomi teguh termasuk kemampanan fiskal, pertumbuhan inklusif, pekerjaan berkualiti dan pembaharuan institusi.

“Kerajaan Perpaduan mempunyai tanggungjawab moral dan perundangan kepada rakyat untuk memastikan pembaharuan ini ditangani dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Turut hadir Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan bekas Speaker Dewan Rakyat merangkap bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Pilihan Raya Bukan Saluran Bebaskan Mana-Mana Individu - Azalina

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

3

Semasa 7 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad