web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 10:33PM

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina petang tadi. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Johari Harun dan sembilan mangsa lagi yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor petang ini.

Turut menzahirkan ucapan sama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdulllah dan Tunku Azizah menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mengejut kesemua mangsa.

"Seri Paduka berdua berharap agar seluruh keluarga mangsa yang terlibat sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini, dan mendoakan agar mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Istana Negara turut memaklumkan Allahyarham Johari merupakan rakan akrab Seri Paduka berdua.

Al-Sultan Abdulllah dan Tunku Azizah amat menghargai sumbangan Allahyarham Johari kepada Pahang terutama dalam memperjuangkan masyarakat desa serta luar bandar dan menyifatkan pemergiannya sebagai  satu kehilangan besar kepada negeri itu dan pasangan diraja berkenaan.

Johari merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai di Parlimen Bentong serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengesahkan bahawa beliau berada dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam.

Turut tersenarai dua juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar