web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai Awam Gagal Hadir Prosiding PAC Adalah Suatu Kesalahan – KSN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 4:39PM

Tan Sri Mohd Zuki Ali. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kegagalan mana-mana pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau bersara menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan suatu kesalahan kerana menghina Majlis Parlimen, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Zuki berkata kegagalan mana-mana individu termasuk pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau bersara dalam mematuhi arahan PAC menghadiri prosiding merupakan kesalahan di bawah seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 [Akta 347].

Beliau berkata PAC sememangnya mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana individu untuk hadir di hadapannya atau meminta individu berkenaan untuk mengemukakan apa-apa surat, rekod atau penyata kepada PAC dari semasa ke semasa selaras dengan Peraturan 77(5) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Dalam memberikan keterangan di prosiding PAC, mana-mana individu termasuklah mana-mana pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau telah bersara adalah tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa," katanya.

Ini termasuklah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88], Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], serta tidak melibatkan perkara-perkara yang sedang dalam prosiding mahkamah, katanya.

Mohd Zuki berkata cadangan Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin supaya suatu mekanisme diwujudkan oleh kerajaan agar semua pegawai kerajaan dan bekas pegawai kerajaan termasuklah pegawai pengawal dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian mematuhi arahan PAC menghadiri mana-mana prosiding PAC bagi memberi keterangan, diambil perhatian.

Beliau berkata setiap anggota perkhidmatan awam yang dipanggil untuk ke prosiding PAC adalah untuk memberi keterangan, penjelasan atau apa-apa maklumat yang diperlukan bagi prosiding tersebut dan mereka sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama bagi tujuan tersebut.

Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat, Mohd Zuki berkata suatu garis panduan “Memberi Keterangan Kepada Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat: Garis Panduan Untuk Pegawai Awam” telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 21 Mac 2023 untuk memberi penjelasan dan panduan dalam memberi keterangan di hadapan mana-mana jawatankuasa pilihan dalam Dewan Rakyat termasuklah PAC.

Semalam, Mas Ermieyati mendedahkan terdapat bekas KSU dan bekas pegawai pengawal enggan menghadiri prosiding PAC bagi mendapatkan keterangan terhadap isu yang timbul ketika mereka menerajui sesuatu kementerian, jabatan atau agensi kerajaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi