web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jerebu, Bau Busuk Di Miri Memburuk, Kebakaran Hutan Jadi Punca

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 7:22PM

Kebakaran hutan di lokasi berbeza menyebabkan kawasan sekitar dipenuhi asap tebal yang berbau busuk - gambar JBPM Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI – Jerebu serta bau busuk di Miri dan beberapa lokasi lain di Sarawak semakin memburuk sejak dua hari lalu, susulan kebakaran hutan di lokasi berbeza yang menyebabkan anggota bomba terpaksa berhempas pulas mengawal suasana. 

Titik panas seluas 1.2 hektar (anggaran tiga padang bola) yang dikesan di kawasan perumahan di Riam berhampiran bandar Miri, berjaya dipadamkan oleh anggota bomba Miri malam semalam. 

Kebakaran berkenaan menyebabkan kawasan sekitar diselubungi asap tebal.  

Ia turut menyebaban kawasan perumahan yang terletak sejauh beberapa kilometer dari lokasi berdepan bau busuk dan asap, walaupun pada awal pagi. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Miri hari ini dipetik sebagai berkata, kebakaran di Riam itu sudah berjaya dikawal. 

Satu lagi titik panas di Mukah turut dikesan sejak beberapa hari lalu dan berjaya ditangani sepenuhnya oleh JBPM. 

Kebakaran itu berlarutan selama lapan jam di kawasan hutan seluas empat hektar, yang dianggarkan menyamai saiz 10 padang bola. 

Asap dan bau busuk dapat dihidu oleh penduduk di kawasan perumahan yang terletak beberapa kilometer dari lokasi - gambar JBPM Sarawak
Asap dan bau busuk dapat dihidu oleh penduduk di kawasan perumahan yang terletak beberapa kilometer dari lokasi - gambar JBPM Sarawak

“Lori tangki sudah dikerahkan ke lokasi kebakaran untuk membantu melancarkan operasi memadamkan api. 

“Kami terpaksa menggunakan pam dan getah paip sepanjang 430 meter untuk memastikan operasi memadamkan api dapat dilakukan,” kata jurucakap jabatan berkenaan. 

JBPM juga menggunakan kaedah khas untuk mengawal kebakaran daripasa terus merebak dan insiden di Mukah tersebut berjaya dikawal sekitar jam 7 malam, Isnin lalu. 

Sebahagian besar Sarawak kini sedang berdepan cuaca panas susulan perubahan monsun. - The Vibes, 16 Ogos 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar