web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarik Balik Segala Tuduhan Terhadap Pemimpin PN - Hamzah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 7:48PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa Peguam Negara untuk mengkaji dan menarik semula pendakwaan terhadap pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, setiap pertuduhan keatas kepimpinan berkenaan adalah fitnah yang sengaja direka oleh Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk membalas dendam. 

"Kezaliman ini perlu dihentikan dan saya juga sudah memulakan prosiding perundangan bagi menyaman kerajaan Malaysia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, saya juga mendesak Peguam Negara supaya menyemak dan mengkaji semula semua pendakwaan terpilih terhadap kepimpinan Bersatu dan PN untuk tujuan ditarik balik," katanya di dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengguguran empat pertuduhan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti berkenaan berkaitan projek Jana Wibawa.

Menurut Hamzah, pengguguran kes itu membuktikan bahawa berlakunya kesalahan dalam penggunaan proses mahkamah membabitkan dakwaan itu.

"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bukan sahaja memutuskan bahawa pertuduhan ke atas Tan Sri Muhyiddin sebagai cacat, tidak berasas, kabur dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah tetapi juga adalah kesalahan penggunaan proses mahkamah," kata Setiausaha Agung Bersatu itu lagi.

Untuk rekod, Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti tersebut.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021. Getaran, 15 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

4

Politik 3 bulan yang lalu

‘Dulu Penyokong, Sekarang Saya Musuh Nombor 1 Muhyiddin’ - Hamzah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 30 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 35 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar