web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan Berhubung Pembebasan Muhyiddin Difailkan – Peguam Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 3:39PM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat dakwaan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta . -gambar fail

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Notis Rayuan sudah difailkan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan bernilai RM232. 5 juta pagi tadi.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, dalam satu kenyataan media, memaklumkan Notis Rayuan itu difailkan pihaknya hari ini.

Beliau berkata, ia membabitkan empat dakwaan terhadap Muhyiddin yang dikatakan menggunakan kedudukannya untuk suapan berkenaan bagi parti Bersatu.

“Sebagaimana yang semua sedia maklum, Mahkamah telah membenarkan permohonan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan seterusnya memerintahkan Pemohon dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan predikat tersebut.

“Pihak pendakwaan dengan ini ingin menyatakan bahawa Notis Rayuan ke atas keseluruhan keputusan tersebut telah pun difailkan pada hari ini,” katanya.

Pada masa sama, Peguam Negara berkata, permohonan yang diputuskan Mahkamah Tinggi itu hanya berkenaan empat pertuduhan bagi kesalahan bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) saja.

Katanya, tiga lagi pertuduhan bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2002 ke atas Tan Sri Mahiaddin Md Yasin masih kekal dan tarikh sebutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ialah pada 19 September 2023,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin, dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan berkenaan yang berkaitan dengan projek Jana Wibawa.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin ketika membenarkam permohonan itu mendapati keempat-empat pertuduhan dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu adalah kabur dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

Muhyiddin, yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti itu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Selain empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan, Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. - BERNAMA 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam