web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah Bakal Perkenal Projek Rintis Pemulihan Dadah Berasaskan Komuniti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 5:34PM

Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff pada mesyuarat penyelarasan pertama. - gambar Facebook AADK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR  -- Kedah bakal memperkenalkan program perintis transformasi pemulihan dadah berasaskan komuniti menerusi kaedah pemulihan holistik dan mengintegrasikan semula bekas penagih ke dalam masyarakat.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Tuanku Sultan Kedah hari ini, idea program tersebut dicetuskan oleh Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Tengku Sarafudin Badlishah bertitah program itu bakal memberikan tumpuan kepada penyediaan pelan rawatan yang sesuai untuk individu terjejas dan ia dilihat berupaya mengubah landskap program pemulihan dadah di negeri ini.

"Tujuannya adalah untuk membantu penagih dadah mengatasi ketagihan dengan program dan kaedah rawatan yang sesuai. Selain itu, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling juga akan mendapat sokongan moral dan kesedaran bagi memudahkan proses pengintegrasian semula bekas penagih ini.

"Saya berharap program ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan menjadi contoh untuk inisiatif yang sama pada masa hadapan,” titah baginda ketika mempengerusikan mesyuarat penyelarasan yang pertama, semalam.

Dalam mesyuarat tersebut, satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan yang terdiri daripada profesional pelbagai disiplin termasuk wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut terlibat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah (JKM Kedah) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) selain beberapa universiti, pihak berkuasa tempatan serta badan bukan kerajaan.

Tengku Sarafudin Badlishah bertitah program tersebut dijangka dilancarkan pada Oktober atau November ini dan jawatankuasa kerja mempunyai masa kira-kira sebulan untuk merangka dan membentangkan pengisian program pada September. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar