web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Mampu Laksana Inisiatif Ekonomi MADANI Berdasarkan Peruntukan Belanjawan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 11:01AM

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Pelaksanaan inisiatif yang digariskan di bawah kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat mampu direalisasikan oleh Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata kerangka Ekonomi MADANI dilaksanakan dengan mengambil kira kemampuan jumlah perbelanjaan mengurus sebanyak RM289.1 billion yang telah diperuntukkan dalam belanjawan tahun ini. 

"Kenapa kita kata duit itu ada, kerana kita mengutip hasil daripada cukai langsung dan cukai tidak langsung yang dijalankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam, serta perolehan dividen tertentu," katanya menerusi program Ruang Bicara bertajuk "Bantuan Kerajaan MADANI memanfaatkan rakyat” terbitan Bernama TV, malam tadi.

Menurut Ahmad pihak kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang telah diperuntukkan dalam melaksanakan inisiatif yang digariskan di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

"Usaha ini bukan hanya dilakukan oleh sesebuah kementerian, ia dilakukan oleh semua kementerian, maka Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah meminta semua kementerian menggariskan inisiatif yang bakal dilaksanakan.

"Namun jika ada bajet tambahan yang diperlukan, mereka perlu memohon kepada Kementerian Kewangan sebelum kita bentangkan Belanjawan 2024 pada Oktober depan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata sesi libat urus berkaitan Belanjawan 2024 yang berlangsung sejak beberapa minggu lepas telah memberi penekanan terhadap usaha memperkasakan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

"Pihak kementerian, sektor awam dan swasta serta badan bukan kerajaan dan agensi yang terlibat dengan sesi tersebut juga telah diterangkan mengenai konsep Ekonomi MADANI yang akan dilaksanakan.

"Mereka yang hadir adalah terdiri daripada pihak yang berkaitan dalam merangka Belanjawan 2024 serta telah memahami sedikit sebanyak berhubung konsep yang telah diterangkan," tambah beliau. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran