web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Ayam Tebuk' Tiada Sijil Halal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 8:49AM

Premis yang menjual 'ayam tebuk' telah melakukan penyalahgunaan logo Halal Malaysia - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa 'ayam tebuk' yang tular di media sosial dan dijual di sebuah pasar raya di Bukit Changgang, Banting dekat sini tidak mempunyai sijil halal sah.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata pengesahan itu diperoleh selepas pihaknya melalui Seksyen Penguatkuasaan Halal bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat melakukan pemeriksaan di premis terbabit.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati premis itu telah melakukan penyalahgunaan logo Halal Malaysia kerana mempamerkannya tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

"Siasatan dan tindakan lanjut dibuat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya manakala hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan ialah denda tidak melebihi RM200,000," menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Shahzihan turut menasihati orang awam agar sentiasa berhati-hati semasa membeli barangan keperluan harian dengan mengutamakan produk yang mendapat pensijilan halal dan sebarang keraguan mengenai status atau logo halal pada produk atau premis, mereka boleh membuat semakan terus melalui portal halal JAKIM di laman sesawang www.halal.gov.my.

"Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan status dan penyalahgunaan logo, aduan juga bolen dibuat kepada Seksyen Penguatkuasaan Halal JAIS di talian 03-5514 3726/3760 atau talian hotline 011-5582 0212. -- BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad