web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Sekeluarga Maut Nahas Di LPT 2

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 1:35PM

Nahas berlaku apabila kereta dinaiki semua mangsa hilang kawalan sebelum terbabas - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN -- Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia dua bulan maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 375.8, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi, petang semalam.

Dalam kejadian pada 6.25 petang itu, mangsa yang maut ialah Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin, 23, dan bayinya, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail serta ibu Raja Nurhanani Nabila, Noreha Mohamed, 53.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki tiga mangsa bersama dua lagi anggota keluarga hilang kawalan lalu terbabas melanggar kotak pembetung yang ada di sebelah kiri jalan dan terbalik.

Beliau berkata ketika kejadian lima sekeluarga berkenaan dalam perjalanan menghantar Raja Nurhanani Nabila pulang ke rumah suaminya di Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan dari kampung mereka di Wakaf Bharu, Kelantan.

"Dua lagi anggota keluarga iaitu adik kepada Raja Nurhanani Nabila, Raja Haikal Najmi, 20, dan Raja Nurhumairaa Nadzirah, 17, yang cedera parah dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

"Jenazah Noreha dan Nik Muhammad Zayyan dihantar ke Hospital Dungun untuk tindakan selanjutnya, manakala jenazah Raja Nurhanani Nabila dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Baharudin berkata ketika kemalangan cuaca gelap dan keadaan jalan raya basah selepas hujan lebat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad