web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Edar Dadah: Ibu 4 Anak Terselamat Dari Tali Gantung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 4:02PM

Pendakwa tidak dapat membuktikan tertuduh mempunyai pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang ditemui - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN -- Seorang suri rumah yang terpaksa melahir dan membesarkan anaknya sehingga berusia 17 bulan di penjara, terselamat dari hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar kanabis seberat 237.86 gram, dua tahun lepas.

Hakim Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh R. Devaki, 34, yang hamil lima bulan ketika ditahan pada 4 Ogos 2021, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Rohani berkata hasil penilaian daripada semua keterangan mendapati, pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa tertuduh mempunyai pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang ditemui.

“Setelah mendengar penerangan daripada saksi dan pendakwaan serta selepas menimbangkan hujahan dikemukakan oleh kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan pendakwaan gagal membuktikan satu prima facie ke atas tertuduh, oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri,” katanya.

Rohani turut menasihatkan Devaki yang juga ibu kepada empat anak itu, supaya menjaga diri dan berhati-hati ketika berkawan.

Mengikut pertuduhan, Devaki didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 237.86 gram di sebuah rumah di Bandar Dataran Segar, Port Dickson pada 7.30 malam, 4 Ogos 2021.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(а) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Seramai lapan saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula sejak 17 April lepas.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Maleeha Syed Hussin, manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Wan Emyra Ismail.

Haresh ketika ditemui pemberita memaklumkan, tertuduh melahirkan seorang anak lelaki ketika berada di Penjara Sungai Udang, Melaka dan membesarkannya di situ sehingga berusia setahun tujuh bulan.

Sementara itu, Devaki melahirkan rasa kesyukuran kerana dibebaskan daripada tuduhan tersebut, selain akan menjadikan perkara itu sebagai iktibar. -- BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar