web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Perempuan Jatuh Bangunan Sedang Jalani Rawatan Psikiatri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 3:58PM

Mangsa dikatakan perlu mengambil dua jenis ubar penenang bagi merawat penyakit dihadapi - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA -- Pelajar perempuan Tingkatan Satu yang ditemukan maut dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Durian Daun di sini semalam, sedang menjalani rawatan psikiatri di Hospital Muar, Johor.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata pelajar yang berasal dari Muar itu juga perlu mengambil dua jenis ubat penenang bagi merawat penyakit yang dihidapinya.

"Selain itu, pelajar terbabit juga telah dikenakan perintah pemulihan akhlak selama dua tahun di sebuah sekolah pemulihan akhlak di Melaka iaitu di Bukit Baru tetapi bersekolah di sebuah sekolah menengah di Durian Daun.

"Maklumat berkenaan diperoleh menerusi siasatan yang dijalankan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan negeri (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri sebaik kejadian berkenaan berlaku namun punca mangsa terjun masih belum diketahui tetapi mungkin dia mengalami halusinasi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata jenazah pelajar terbabit telah diuruskan oleh pihak JPN dan asrama sebaik mungkin untuk dibawa dan dikebumikan di Tangkak, Johor hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di Durian Daun, di sini semalam.

Mangsa ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2.31 petang semalam dan siasatan awal polis mendapati kelas mangsa berada di tingkat dua bangunan sekolah tiga tingkat itu. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam